in ,

Dulu Hanya Peminat K-Pop, Sekarang Dapat Masuk Satu Agensi!

Sumber gambar: www.kpoplover.it

Setiap peminat selain korang berangan nak jumpa idola kesayangan di konsert atau fan meeting, mesti ada yang berangan boleh masuk agensi K-Pop idol sebab boleh kerja sama-sama dengan idola korang, betul tak? Walaupun dalam jutaan peminat itu tidak semua yang bertuah, ada beberapa orang yang sangat beruntung tau. Nak tahu siapa? Jom kita tengok K-Pop idol mana yang dulu hanya peminat, sekarang satu agensi.

JEON SOMI – MINZY 2NE1

Sumber gambar: koreaboo

Jeon Somi si cantik ini memang peminat besar kepada kumpulan 2NE1 dan ultimate bias dia adalah Minzy. Somi siap tak boleh nak cover langsung kegugupan dan nervous dia bila jumpa Minzy. Setelah Somi pindah ke YG Entertainment, Somi dan Minzy jadi semakin rapat dah macam kawan sebaya! 

YERI RED VELVET – TAEYEON SNSD

Sumber gambar: blue moon punch

Bukan menjadi rahsia atau tanda tanya lagi bahawa Yeri Red Velvet adalah salah seorang peminat kepada Taeyeon SNSD sejak dia masih bersekolah rendah. Definisi fan girl paling bertuah ini memang sesuai sangat untuk Yeri sebab sekarang ini, Yeri dan Taeyeon memang sangat rapat dah macam adik dan kakak jika kita tengok! Untungnya..

RYUJIN ITZY – GOT7

Sumber gambar: kpop starz

Sebelum menjadi K-Pop idol, Ryujin hidup sebagai gadis normal yang minat GOT7. Sebagai AhGaSe yang sejati, dia pun pergilah ke setiap konsert dan fan meeting GOT7. Ibarat mimpi jadi kenyataan, Ryujin sekarang berada dibawah JYP Entertainment bersama-sama dengan GOT7. Woah! Mesti puas dia jumpa GOT7 setiap hari! 

LUCAS WAYV – KAI EXO

Sumber gambar: pinterest

Berada dalam satu agensi SM Entertainment dan juga sub-group yang sama iaitu SuperM, mesti ada yang tak sangka bahawa Lucas WayV ini pun dulu adalah fan boy Kai EXO. Kalau korang nak tahu, waktu awal Lucas jumpa Kai, dia siap malu-malu dan sangat awkward. Tapi sekarang, kalau korang tengok mereka berdua… dah macam BFF dan tidak boleh dipisahkan langsung. 

TAEHYUN TXT – JUNGKOOK BTS

Sumber gambar: koreaboo

Siapa sangka Taehyun TXT yang comel ini merupakan peminat kepada seniornya sendiri iaitu Jungkook BTS. Hal ini kantoi, apabila leader BTS sendiri iaitu Namjoon atau RM yang bongkarkan sendiri dalam telefon Taehyun TXT ada lebih dari 10 gambar Jungkook. Sampai malu-malu Taehyun dibuatnya. Memang peminat yang berjaya sangat Taehyun ini sebab dapat duduk satu agensi dengan idolanya sendiri. 

Memang beruntung betul kalau dapat jadikan angan-angan ini sebagai kenyataan. Kalau korang, pernah berangan nak masuk agensi mana satu? Pernah tak korang cuba masuk mana-mana audition untuk layakkan diri masuk ke agensi K-Pop idol kesayangan korang? Jika ada, cuba kongsi cerita korang dengan komen di bawah. Sebab kami pun nak tahu juga pengalaman korang.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Girls Bergaduh Di Sekolah? Biasanya Ini Je Puncanya…

Hairstyle Yang Mungkin Buatkan Korang Mudah Kepala Sakit