in ,

Duit Belanja Sekolah Bertabur?! Aiyokk!

Sumber gambar: cpatrendlines.com

Poket baju sekolah kecil, tapi dompet besar! Nak tinggalkan dekat dalam beg takut duit kena curi…aaaa dilemma!

Hi #Lunagirls! Ada masalah sama ada nak bawa dompet turun ke kantin atau simpan dekat kelas? As a girl, kita mesti nak bawa purse pergi ke mana-mana je kan.. Tapi takkan nak bawa purse yang besar ke sekolah? Harini Ainaa akan kongsikan dengan korang beberapa jenis purse yang sesuai untuk korang pakai untuk ke sekolah!

COIN PURSE

Sumber gambar: Mia’s Accessories

Biasanya coin purse ni sesuai digunakan untuk letak duit syiling sebab ia lebih kecil dan senang nak bawa ke mana-mana. Tapi korang boleh je guna ke sekolah sebab lagi mudah nak letak dekat dalam poket baju sekolah. Tak perlu bawa duit banyak-banyak dan cukup letak duit dan IC je!

CARD HOLDER

Sumber gambar: Carousell

Nak lagi mudah korang boleh gunakan card holder as your purse! Ringan dan tak nampak serabut bila korang letak dalam poket baju sekolah. Bukan tu je, kalau nak tinggalkan dekat dalam beg sekolah pun senang je, selit dalam buku dah tak ada orang tahu.. plus point!

COMPACT PURSE

Sumber gambar: dhgate.com

Ada banyak jenis compact purse dekat kedai tapi korang boleh pilih yang lebih nipis dan tak terlalu besar okay? Boleh letak duit kertas, syiling dan juga kad penting. Tapi jangan letak banyak sangat barang sebab nanti ia akan jadi bulky.. lagi pun kita kan nak pergi sekolah je..Tak perlu bawa banyak-banyak! Hihi!

POUCH PURSE

Sumber gambar: Amazon.com

Purse ni paling sesuai untuk pelajar sekolah! Selain ada banyak compartment, korang boleh juga letak tisu dekat dalam dompet tu. Psst, nak letak cermin kecil pun muat tau! Hehe..

Semua idea purse dekat atas ni juga boleh diguna pakai waktu korang keluar hang out dengan family and friends. Khas untuk #Lunagirls yang tak suka nak bawa banyak barang sama macam Ainaa! Less is more orang kata.. jadi pilih dompet yang sesuai demi kemudahan kita sendiri. Hehe!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

HELP! Apa Nak Buat BFF Di Serang Asma?!

Nak Bulu Lambat Tumbuh? Try Cara Ni!