in ,

“Dua Jam Je Practice” – Didi Astillah Buat Dance Cover How You Like That

Sumber gambar: Instagram Instagram @didiastillah , @neetamanis , @mariaescobia , @emilywzw

Howw how you like that. Badabing badabom bom bom! Sedapnya lagu baru BLACKPINK, dah boleh hafal dah lirik lagunya ini.

Setahun lamanya kita menanti buah tangan baharu daripada group kegemaran ramai, akhirnya tahun ini Blackpink muncul dengan lagu baharu mereka berjudul How You Like That. Sehingga hari ini, sebanyak 135 juta tontonan telah diraih di YouTube Channel BLACKPINK sendiri sejak dimuat naik pada 26 Jun yang lepas. Tapi sekarang ini kita bukan nak bercerita tentang Blackpink. Kita nak bercerita tentang Didi Astillah yang dikatakan sanggup hafal step tarian lagu tersebut hanya selama dua jam sahaja sebelum mereka terus record pada keesokan harinya.

Wowww, dua jam merupakan waktu yang sangat singkat untuk practice bersama-sama dengan rakannya yang lain iaitu salah seorangnya ialah Neeta Manis. Walaupun mereka berhempas pulas untuk berlatih dalam masa yang singkat, itu bukan penghalang buat keempat-empat gadis manis ini meneruskan niat mereka walaupun kata Didi mereka hampir membatalkan niat untuk record kerana kekangan waktu masing-masing.

Mereka memilih kawasan di sekitar bangunan Linc Kuala Lumpur sebagai latar belakang tempat mereka record video bagi dance cover lagu How You Like That tersebut. Tapi bila kita dah enjoy buat something, kita akan kurang rasa penat. Itulah yang dirasai oleh Didi sendiri ketika ditemu bual oleh salah sebuah website tempatan.

Kami hanya berlatih selama dua jam sahaja dan terus record pada keesokannya. Buat masa ni kami belum ada perancangan untukk record apa-apa dance cover untuk lagu K-pop lagi. Lagipun, Didi tak ada la pandai sangat menari, hanya sekadar suka-suka sahaja.

Kalau korang nak tahu, dua orang lagi gadis manis di dalam video dance cover itu merupakan penari profesional, berbanding dengan dirinya dan Neeta yang hanya menari sekadar suka-suka sahaja. Rasanya kalau lepas ini mereka nak buat dance cover banyak-banyak lagi pun okay je sebab tak ramai selebriti Malaysia yang rajin buat dance cover. Mana tahu lepas ini Didi boleh record banyak lagi video menarinya? Ramai memuji kegigihan dan keberanian mereka untuk menari pantas seperti itu.

View this post on Instagram

Happy New Year everybodyyyy!👅 😂 @bellaastillah 🥰

A post shared by DA (@didiastillah) on

Sebelum ini, Didi sendiri ada buat beberapa dance cover bersama rakan-rakannya yang lain termasuk dengan kakaknya sendiri, Bella Astillah yang baru sahaja menimang cahaya perempuan minggu lalu. Cuma mungkin disebabkan kekangan masa, jadi Didi tak jadikan aktiviti dance cover itu sebagai content utama di Instagram miliknya. Korang ingat tak ada beberapa ketika sebelum ini Didi dengan Bella ada buat dance cover lagu Boy With Luv nyanyian BTS ft. Haslsey. Video tersebut mendapat pujian dan juga kecaman daripada netizen. Ada yang enjoy tengok dan ada juga yang memberi komen negative terhadap Bella kerana ketika itu dia baru sahaja bercerai bersama dengan Aliff Aziz.

For those yang mungkin tak ingat tentang Didi Astillah, jom kita recap semula siapa agaknya Didi ini, daripada mana dia boleh muncul dalam industri seni? Semuanya bermula ketika Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah binti Awang Astillah telah menceburi dunia seni sejak berusia 3 tahun lagi dan dia juga pernah memasuki pertandingan Idola Kecil season 1. Didi dan Bella mempunyai album nyanyian lagu kanak-kanak dan mereka berdua dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Checklist BFF Sejati Yang Korang Perlu Tahu

Barangan Yang Perlu Korang Bawa Balik Ke Asrama