in

Drama Menarik Tayangan Semula Sempena Ramadan 2020

What! Ada ulangan drama PIA? Drama Nur pun ada? Aduh.. kena set reminder ni..

Hi kaki drama! Korang excited tak bila TV3 dah mula tayangan semula drama trending dan menarik sempena bulan Ramadan 2020 kali ini? Bukan senang ya dapat tengok semula drama yang menarik.. Seperti ramai yang tahu, Kampung People juga salah satu drama yang ditayangkan semula khas untuk bulan ini. Tapi hari ini LUNARIA akan kongsikan beberapa lagi drama trending dan viral untuk penuhkan masa korang di rumah!

PIA

Kita selalu tengok Alif Satar pegang watak hero baik-baik dan romantik.. Tapi dalam drama PIA ini Alif Satar bagi korang kejutan sikit! Disebabkan dia nak keluar dari zon selesa, Alif buat keputusan untuk terima watak yang agak berat ini. Dan yang paling menariknya, Naim Daniel juga keluar dari zon selesanya dalam drama ini apabila dia memegang watak istimewa tau!  Menerusi drama PIA, Alif memegang watak sebagai Zafran iaitu abang ipar kepada Budi iaitu Naim Daniel yang mengalami penyakit cerebral palsy. Keegoan serta keengganan Zafran untuk mengambil berat selain menghantar Budi ke rumah penjagaan orang kurang upaya telah menyentuh hati netizen. Drama Pia kini ditayang semula setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 2 petang.

30 PESANAN SUARA

Drama 30 Pesanan Suara adalah drama TV3 yang disiarkan pada 6 Mei 2019. Antara pelakon drama 30 Pesanan Suara adalah Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, Badrul Muhayat, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Shah Jaszle, Isaac Iman dan ramai lagi. Drama 30 Pesanan Suara ini mempunyai 30 episod dan akan disiarkan setiap hari sepanjang bulan ramadan ini.

Mengisahkan tentang tiga sekawan yang sangat rapat, Iman lakonan Saharul Ridzwan, Syafira lakonan Hannah Delisha dan Izman lakonan Shukri Yahaya. Suatu hari, dalam sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan antara Syafira dan Iman, Syafira telah tersalah hantar pesanan suara kepada rakan lelakinya, Izman yang sepatutnya dihantar kepada tunangnya, Iman. Namun, jodohnya tidak kesampaian apabila Iman meninggal kerana serangan asma dan lemas di kawasan air terjun beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan mereka. Disebabkan sudah jatuh cinta dengan keayuan dan kelembutan Syafira melalui mesej yang disampaikan melalui pesanan suara tersebut, Izman telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Syafira demi rasa sayang dan tanggungjawab untuk menjaga Syafira. Untuk korang yang minat kisah cinta sweet, korang boleh layan drama ini!

CARI AKU DI SYURGA

View this post on Instagram

Subahanallah so much memories !! This drama holds a place in my heart . Korang semua boleh start tengok Cari Aku Di Syurga bermula 27th April jam 6ptg di @tv3malaysia okey? Production: @radius.one . #cariakudisyurga #cads #dramasangat

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem) on

Cari Aku Di Syurga juga salah satu drama trending tahun lepas. Drama ini ditayangkan semula pada 27 April, semalam setiap Isnin dan Selasa jam 6 petang sepanjang Ramadan 2020! Drama ini mula mendapat sambutan daripada penonton apabila setiap episod yang ditayangkan akan membuat penonton beremosi dan geram tengok lakonan gandingan Aeril Zafrel, Janna Nick dan Mimi Lana. Drama ini mengisahkan Lisa lakonan Janna Nick, seorang gadis bandar yang cantik, melarikan diri dari rumah apabila maknya nak menjodohkan Lisa dengan anak rakan baiknya, Ariff iaitu Hun Haqeem. Semuanya bermula apabila Lisa melarikan diri hingga ke Muar dan terjumpa Anas, Aeril Zafrel lalu saling jatuh cinta. Anas pula seorang lelaki miskin tinggal di kampung bersama ibunya, Mak Temah yang nyanyuk. Anas dibantu oleh Mira Mimi Lana, jiran Anas untuk menjaga Mak Temah kerana dia sibuk berkerja di ladang jambu. Tanpa Anas tahu, Mira mula menyimpan perasaan cinta terhadap Anas. Kita boleh kata drama ini membawa kisah cinta tiga segi! Percintaan Anas dan Lisa menerima tentangan yang kuat daripada ibu Lisa kerana mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Untuk membuktikan tanggapan ibunya salah, Lisa bertekad untuk berkahwin dengan Anas. Tapi Lisa mula berubah dan selepas melahirkan anak mereka, Lisa lari daripada Anas! Setelah 8 tahun berlalu Lisa yang kini berkahwin dengan Ariff kembali untuk menuntut hak penjagaan anaknya yang kini dijaga oleh Anas dan isterinya Mira. Korang nak tahu ending dia macam mana? Korang boleh mula layan drama ini okay..

NUR 1 & NUR 2

Say what! Nur 1 dan Nur 2 akan ditayangkan semula???? Hidup sup bunjut!

Drama berjudul Nur arahan Shahrulezad Mohameddin ini pernah menjadi satu fenomena. Jalan cerita berunsurkan kekeluargaan ada terselit isu keagamaan dan plot yang tidak disangka membuatkan drama ini trending. Lebih lagi apabila kisah ‘sup bunjut kak Aisyah’ viral.. Drama Nur 1 dan 2 ini dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah, Azhan Rani, Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Drama Nur yang kedua ditayangkan pada tahun lalu, dan yang pertama dua tahun lalu. Disebabkan drama bersiri Nur 1 dan 2 ini pernah menjadi fenomena, nampaknya TV3 menyiarkannya kembali. Berita gembira ini dikongsi oleh salah seorang pelakon drama ini iaitu Noorkhiriah atau Kak Aisyah menerusi laman Instagram miliknya. Drama Nur 1 dan 2 ini akan ditayang semula bermula 21 April 2020, Selasa, jam 10 malam di TV3 menerusi slot Samarinda.

Dalam senarai drama di atas, yang mana satu korang akan ikut semula? LUNARIA semestinya pilih Nur 1 dan Nur 2, sebab ada beberapa episode yang tertinggal dan tak sempat tengok sebelum ini.. LOL! Apa pun, kita kena terus duduk rumah dan cuba hentikan rantaian covid-19 bersama okay! Salam Ramadan everything!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bazar Ramadan Tutup, Jom Buat Dessert Sendiri!

Rahsia Nak Jadi Pelajar Pemalas Tapi Pandai!