in ,

Drama Melayu Wajib Tonton! No 1 Paling Fav

Sumber gambar: Xtra.com

Satu satu drama best nak kena layan. Pukul 7 kejap lagi ada drama best, pukul 10 pun ada yang best juga. Dekat channel sebelah pun tengah ada drama syok! Erghhh banyaknya!

Banyak sangat drama Melayu yang tengah ditayangkan sekarang. Macam berebut-rebut pula ya semuanya. Geram je rasa sebab jadi terkejar-kejar nak tengok semua sekali. Tapi kalau tak dapat tengok satu drama, boleh tengok ulangan. Cuma kurang best sebab ulangan, kalau live lagi best! Korang jenis yang emosi tak kalau tengok drama? Kalau ya, jom kita geng sebab Ainaa kalau tengok drama memang penuh emosi, rasa macam sendiri yang tengah berlakon!

Sekarang tengah ada banyak drama best, mana yang korang paling suka? Ainaa sekarang ini tengah pening kepala nak tengok satu demi satu. Korang kaki drama Melayu tak? Kalau korang sejenis yang tengah nak berjinak-jinak dengan drama Melayu, meh Ainaa nak suggest beberapa drama best yang sedang ditayangkan. Mungkin korang akan suka!

BUKAN KAHWIN PAKSA

Image result for kamal adli dan hannah delisha
Sumber gambar: Xtra

Mula-mula benci sebab masing-masing putus cinta, tiba-tiba kahwin tanpa sengaja? Wowww ada ke benda macam ini terjadi in real life?

Korang rasa ada ke benda macam itu? Atau ia sekadar dalam drama sahaja? Kalau ada agak-agak jalan cerita kehidupan akan sweet macam drama atau tidak? Memandangkan sekarang ni drama Bukan Kahwin Paksa baru di episod 4, Ainaa dapat bayangkan yang cerita ni memang best. Sebab apa? Mesti la sebab ada Kamal Adli, hehe! Drama Bukan Kahwin Paksa dilakonkan oleh Kamal Adli, Hannah Delisha dan beberapa lagi pelakon hebat yang lain. Cerita ini mengisahkan tentang Izz dan Dara yang berjumpa secara tak sengaja dalam keadaan kebencian yang mana mereka baru sahaja putus cinta. Tapi disebabkan mereka patah hati, secara tak sengaja parents mereka telah jodohkan kedua-duanya tanpa mereka sendiri tahu tentang siapakah pasangan mereka itu. End up bila dah kahwin, takkan nak berpisah? Kena la teruskan kehidupan bersama kan? Apa jadi lepastu? Kena tengok sampai habis la. Ainaa bila tengok episod ke 4 pun dah tersengih-sengih ni, macam mana nak teruskan tengok sampai habis? Hehe!

CHANDELIER

View this post on Instagram

Kaef’s first love 💕 #DramaChandelier

A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

Gandingan antara Ben Amir dan Mimi Lana, masing-masing tinggi lampai! Cute teruk bila tengok mereka ni berlakon, sepadan sangat ni. Eh tapi tak boleh nak sepadan sangat sebab Mimi Lana kepunyaan Syafiq Kyle, huhu! Drama ni menceritkan tentang Kaef yang mempunyai kedai baju, telah membantu Keisha, anak orang kaya yang katanya sedang ‘bercuti’. Padahal tengah dalam masalah, sebab tu dia lari dan kebetulan berjumpa dengan Kaef. Asalnya Keisha ni seorang yang kekwat dan terkejar-kejarkan lelaki kaya, tapi disebabkan beberapa insiden berlaku, dia terpaksa ‘melarikan diri’. Sebab tu dia jumpa dengan Kaef sehinggakan kedatangan dia membuatkan Syu tak selesa. Tapi nanti tak lama lagi, ada scene menunjukkan Kaef dan Keisha bergaduh. Sebab apa? Kalau nak tahu kena la tengok drama ni sampai habis sebab memang penuh mendebarkan ya! Tak sabar nak tunggu episod malam ni!

MAAF TAK INDAH

View this post on Instagram

#maaftakindah MULAI MALAM INI 🔥🔥🔥 • Saksikan drama terbaru Maaf Tak Indah yang bakal bersiaran mulai MALAM INI, 12 Februari 2020 dalam slot #samarinda hanya di #tv3malaysia • Lakonan: @azarazmi @azleekhairiofficial @fizoomar @ruhainies7 @aleza_shadan Dan ramai lagi! • #maaftakindah | ISNIN-KHAMIS | 10 MALAM | #samarinda • #dramasangat #dssquad #officialdramasangat #andaikebencianmenjadipenentu

A post shared by TV3 | NTV7 | TV9 Drama Squad (@dramasangat) on

Rasanya sekarang ni kalau drama yang dilakonkan oleh Azar Azmi mesti kelakar sebab last drama yang menaikkan nama dia, drama Pujaan Hati Kanda membuatkan ramai orang sukakan dia. Now, untuk peminat Azza, sekali lagi dia telah muncul dengan drama baru berjudul Maaf Tak Indah. Drama ni mula-mula memang nampak sweet je, tapi sebenarnya banyak penderitaan yang dialami oleh Syazan yang mana dia secara tak sengaja telah melahirkan anak yang sepatutnya digugurkan. Disebabkan itu, dia telah diceraikan oleh suaminya, Raimie lakonan Azlee Khairi. Sebab utama kenapa dia tidak mahu mengandung ialah kerana mahu menjaga badan. Pergh, ni kalau jadi dalam dunia sebenar confirm kena bebel dengan mak sebab tolak rezeki! Korang rasa macam mana kehidupan mereka lepas itu? Kalau nak tahu kena la tengok, mana boleh bagitahu!

JUJURLAH NIKAHI AKU

Hanya disebabkan mempunyai tangan yang cacat, Nurin dipinggirkan oleh ibu kandungnya sendiri. Bukan itu sahaja, ibu kandung Nurin juga membenci dia sampai rasa dia membawa malang kepada keluarga mereka. Drama hebat lakonan Uyaina Arshad, Sean Lee dan Raja Azura telah pun ditayangkan pada awal bulan yang lepas dan sekarang ni kalau tak silap dah nak masuk episod yang ke-20. Uyaina telah memegang watak sebagai Nurin, gadis kampung yang mempunyai kecacatan di bahagian tangan seorang yang sangat lemah lembut dan penyabar walaupun dia selalu kena buli dengan ibunya sendiri. Macam cerita Cinderella, mesti akan ada prince charming kan? Dalam drama ni, Alan, lakonan Sean ialah prince charming yang ditunggu oleh Nurin. Walaupun Alan bukan beragama Islam, dia sanggup masuk Islam demi cintanya kepada Nurin. Okay, taknak cerita banyak, korang tengok terus drama ni okay untuk tahu sama ada mereka akan bersama sehingga ke jinjang pelamin atau tidak?

Antara banyak-banyak drama ni, korang mesti dah tahu favorite Ainaa kan? Harusla drama Bukan Kahwin Paksa! Tak sabar ni nak tahu macam mana kehidupan Izz dan Dara selepas berkahwin! Korang kalau dah tengok semua drama ni jangan lupa share review sekali tau! Hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments