in ,

Drama Korea Yang Bakal Buat Kita Mengimbau Kenangan Sekolah

Sumber gambar: eukybearlovesdrama.wordpress.com

Zaman sekolah merupakan masa paling terindah bagi sesetengah orang. Hanya di bangunan yang bernama sekolah, korang akan bertemu dengan pelbagai hal dan kisah yang mampu menggamit memori seperti kisah persahabatan, percintaan, sehinggalah hal korang kena bebel dengan cikgu. Jadi, untuk kenang dan ingat semula masa indah tersebut. Korang bolehlah cuba untuk tonton drama Korea yang akan buat kita teringat sekolah.

REPLY 1997

Korang wajib tengok Reply 1997 sebab dalam drama ini, korang akan kembali ke nostalgia zaman sekolah 1997. Drama ini telah ditayangkan pada tahun 2012 dan mendapat banyak sambutan sebab ia mengisahkan tentang kehidupan remaja Korea yang pada waktu itu industro K-Pop baru nak naik sehingga lah konflik cinta monyet sewaktu sekolah menengah dan juga dengan ragam keluarga yang mungkin boleh relate dengan kehidupan korang juga.

SCHOOL 2017

Sudah pasti sebagai seorang murid, kita tak suka dengan peraturan yang ketat di sekolah, setuju tak? Itu belum lagi dengan parents yang sangat strict dan suka memaksa kita untuk sentiasa dapatkan keputusan terbaik all the time supaya kita dapat masuk universiti terbaik dan ternama. Dalam drama Korea satu ini, memang buatkan kita sangat tak syok dengan suasana seperti itu kan? Jadi dalam School 2017 akan buatkan semua isi hati korang yang terbuku selama ini didedahkan. Memang layan habis cerita ini!

AT EIGHTEEN

Siapa peminat kumpulan Wanna One, korang wajib tonton drama At Eighteen ini sebab ada Ong Seong Wu yang memegang watak utama iaitu sebagai Choi Joon Wo. Dalam drama ini, Joon Wu merupakan seorang pelajar sekolah yang berusia 18 tahun yang hidup dalam serba kekurangan dan berusaha sehabis baik untuk menjadi pelajar yang terbaik di sekolahnya. Adakah perjalanannya mudah atau penuh onak duri? Korang tengok lah sendiri ya! Hehe!Β 

EXTRAORDINARY YOU

Mesti ramai yang pernah untuk jadi salah satu watak dalam komik kan? Tetapi dalam drama Extraordinary You ini, ia adalah mimpi paling terburuk untuk Eun Dan Oh yang sentiasa rasa hidupnya dikawal dan ditentukan oleh penulis komik. Sampailah satu hari muncul Haru iaitu watak tambah lain yang dimasukkan dalam komik yang mampu jadikan hidupnya menjadi lebih baik.

Jadi, selepas ini korang bolehlah layan semua drama Korea yang memang buatkan korang rindu sekolah. Cerita yang memang sesuai dan sangat can relate with you guys! Korang mesti akan enjoy habis! Lebih lagi kalau dah tak ada idea nak tengok drama apa cuti kuarantin ini kan! Hehe!Β 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aktiviti Best Bersama Adik Beradik Di Rumah

Dalgona Bukan Kopi Tapi Ia Sebenarnya Gula-Gula!