in ,

Drama Korea Wajib Tonton Februari 2020

Sumber gambar: Nextshark.com

Bulan Februari sudah datang! More K-drama to go! Tak sabarnya nak layan drama Korea bulan ni, confirm banyak yang best!

Ya benar sama sekali girls, kita memang ada banyak drama best untuk kita tengok secara berjemaah pada bulan ini. Korang jangan risau sebab memang ada banyak drama untuk korang sampaikan tak sempat nak kejar pun ada tau. Tapi sebelum korang layan K-drama baru untuk bulan ni, drama bulan lepas dah habis tengok ke belum? Ha, confirm belum kan sebab memang setiap bulan ada drama baru. So dah ready ya untuk drama bulan ni? Jom check it out drama yang bakal menghantui korang bulan ini.

THE CURSED

Kisah mengenai seorang wartawan bernama Jin-Hee lakonan Uhm Ji-won yang perlu membuat satu liputan mengenai kes jenayah ganas yang melibatkan Forest, sebuah syarikat IT terbesar di Korea Selatan. Pengerusi Fosert ialah Jin Jong-Hyun lakonan Sung Dong II, seorang yang sangat bergantung dengan bantuan bomoh bagi membangunkan syarikatnya. Semasa siasatan dilakukan, Jim-Hee baru mengetahui tentang syarikat Forest itu bergantung kepada ilmu hitam untuk memajukan syarikat. Terdapat banyak dugaan yang perlu ditempuh oleh Jin-Hee demi membuat liputan jenayah yang berlaku di syarikat tersebut. Ketiak dia cuba untuk membongkar rahsia besar Forest, Jin-Hee telah bertemi dengan So-Jin yang mana dia telah dirasuki oleh semangat dan mempunyai kebolehan istimewa yang mampu memberi santau serta mematikan siapa sahaja yang dia mahu. Hanya menggunakan abjad China, gambar peribadi dan barang peribadi seseorang itu. Woww dah macam drama Melayu ya, main bomoh bomoh ni. Fuhh seram! Drama ni sudah pun ditayangkan pada minggu lepas, ada yang dah tengok ke?

SAY WHAT YOU SAW

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang merupakan seorang profiler jenayah genius tetapi seorang yang panas baran. Dia telah bekerjasama dengan seorang detektif wanita bernama Cha Soo-Young lakonan Sooyoung yang mempunyai kebolehan istimewa untuk mengingati setiap perician yang dilihatnya. Mereka berdua telah bekerjasama untuk mengejar pembunuh bersiri yang mana dianggap telah mati tetapi pembunuh itu masih lagi hidup dan berlegar-legar di luar. Korang rasa mereka berdua ni dapat atau tidak tangkap penjenayah tu? Nak tahu kena la tengok sebab rasanya sekarang ni dah ditayangkan.

HYENA

Bakal ditayangkan pada 21 Februari tak lama lagi, Hyena mengisahkan tentang kehidupan dua orang peguam yang semata-mata mengejar wang serta seorang lagi peguam yang cerdas. Jum Geum Ja, lakonan Kim Hye Soo telah melanggar sempadan undang-undang, rasuah dan etika serta tidak menunjukkan keadilan dalam kes yang dijalankan olehnya. Yoon Hee Jae, lakonan Joo Ji Hoo adalah seorang peguam elit yang berjaya serta yakin dengan kebolehannya. Cuma dia mempunyai sikap yang angkuh tetapi bijak dalam menyelesaikan setiap kes yang ditanggungjawab kepadanya. Ainaa rasa drama ni mesti kedua-dua peguam ni akan bergaduh untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dalam menyelesaikan kes. BTW drama ni korang boleh tengok dekat Netflix tau.

IF THE WEATHER IS GOOD I’LL FIND YOU

Wowww, lain macam tajuk drama yang akan ditayangkan pada 24 Februari ni ya. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Lee Do Woo. Mok Hae Won, lakonan Park Min Young merupakan seorang gadis biasa tanpa sebarang ciri istimewa, cuma dia mempunyai bakat bermain cello sejak kecil lagi. Dengan bakat dan kemahiran yang dia miliki, dia telah melangkah ke dunia profesional, tetapi disebabkan kesakitan yang dialaminya, dia hilang kepercayaan dalam diri. Disebabkan itu, dia telah mengambil keputusan untuk pindah ke Wilayah Gangwon yang merupakan tempat tinggal dia ketika kecil. At the same time, dalam diam ada seorang lelaki telah menyukainya dalam diam sejak dibangku sekolah. Ala, macam cute je cerita ni, kena tengok ni!

Fuhh, best la pula rasanya semua drama ni. Tapi kena habiskan dulu drama last month yang masih berbaki. Nanti kalau korang dah tengok mana-mana drama yang Ainaa mention ni, jangan lupa bagi review tau! Mana yang paling best tu, Ainaa akan tengok.

What do you think?

16 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Boyfriend Ada Kawan Baik Perempuan Okay Ke?

Sebab Tripping Jump Challenge, Ada Yang Terkorban