in ,

Drama Korea ‘Wajib’ Tengok Untuk Bulan Ini

Neno neno neno neno! Hati-hati ada banyak drama Korea akan keluar bulan ni!

Anyeongg! Siapa dekat sini suka sangat tengok drama Korea? Asal tengok drama Korea je mula la berangan itu ini! Rasanya lepas ni korang confirm akan berangan lagi sebab Ainaa nak share a few Korean drama menanti #Lunagirls bulan September ni!

MELTING ME SOFTLY

Alamak! Tajuk drama pun dah cute, macam mana pula jalan ceritanya kan? Drama ni akan bersiaran dekat channel tvN yang menceritakan tentang kisah cinta fantasi. Kisahnya bermula bila dua orang lelaki dan perempuan ni terpilih untuk dijadikan sebagai bahan experimen sejuk beku hayat manusia dan sebelum mereka ‘dihidupkan’ mereka tiba-tiba bangkit daripada ‘tidur’ akibat satu konspirasi jahat. Once ‘terjaga’ je, mereka ni marah sama sendiri sebab rasakan experimen tu gagal dan lagi teruk mereka berdua kena kekalkan suhu badan pada 27.5 C untuk terus hidup. Wowww nanti mesti ada scene jatuh cinta ni. Nak tahu apa kesudahannya, kena la tunggu 28 September ni!

WHEN CAMELLIA BLOMS

Korang suka drama romantik komedi? Drama ni memang sesuai untuk korang sebab ada unsur suspens sikit. Bermula kisah tentang tiga orang lelaki yang masing-masing dikaitkan dengan seorang perempuan ‘Camellia’ pada masa lampau. Apa yang lebih menarik lagi ialah karakter heroin tu dipegang oleh Gong Hyo Jin ‘bercinta’ dengan tiga orang lelaki yang berlainan karakter. Tak sabar pulak rasanya nak tengok drama ni!

SECRET BOUTIQUE

Kisahnya bermula tentang dendam kuasa seorang wanita akibat pembukaan satu bandar baru. At the same time wanita tu gunakan kuasa dan wang ringgit yang dimiliki sebagai satu kekuatan untuk bertahan dekat bandar tu. Sampai satu tahap dia berjaya buka Boutique sampai jadi one of important person untuk menentukan kehidupan seseorang. Korang akan nampak banyak plot twist dalam drama ni sampaikan rasa excited nak tunggu next episode!

MISS LEE

Asyik drama tentang cinta je kan? This time drama Miss Lee mengisahkan tentang komedi dekat pejabat yang mana pekerja-pekerja terpaksa survive dalam satu company elektronik kecil yang bakal bankrup tak lama lagi. Watak utama Lee yang dipegang oleh Kim Sang Hyun perlu bersatu dengan pekerja yang lain untuk selamatkan syarikat.

Aduhh macam best la pula semua drama ni. Ainaa pula rasa tak sabar nak tengok. Korang paling suka drama yang mana? Share la sikit

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jimin Tayang Abs, RM Power English + GIVEAWAY BTS DOLL!

Cara Naikkan Skills Main Game!