in ,

Drama Korea Romantik Komedi Kaki K-Drama Boleh Layan

Sumber gambar: www.asiaone.com

Drama Korea memang tak mengecewakan penonton. Tidak kisah genre apa sekali pun, masing-masing ada kekuatannya. Kebanyakan penonton mesti akan suka dengan setiap jalan cerita drama Korea dan siap ada geng sendiri untuk bergosip tentang drama Korea yang mereka sedang tonton. Jadi, kali ini kami akan kongsi dengan korang top 5 drama Korea romantik komedi yang korang boleh layan. Bila lagi nak berangan nak ada boyfriend oppa betul tak? 

THE SECRET LIFE OF MY SECRETARY

Drama ini mengisahkan seorang manager dari sebuah syarikat media selular yang sedang cuba mengenali kawan-kawan dan juga pihak pesaing selepas dia kehilangan kemampuan untuk mengingat wajah. Kemudian dia perlu bekerjasama dengan setiausahanya untuk cuba memecahkan satu misteri sampailah satu hari dia terjatuh hati. Kiranya ini kisah cinta yang tidak disangka antara boss dan pekerjanya.. 

WEIGHTLIFTING FAIRY KIM BOK JOO

Drama ini adalah tentang para atlet dari pelbagai kategori sukan seperti angkat berat, berenang dan lain-lain. Kim Bok Joo yang dilakonkan oleh Lee Sung Kyung ini adalah seorang mahasiswi angkat berat. Jadi, dia seorang yang sangat suka dengan bau besi dan kapur sebab itu juga dia selalu menang dalam sukan ini. Walaupun dia selalu menang tetapi dia sentiasa rendah diri. Tak nak hurai panjang, apa kata korang tonton saja cerita ini sebab cara mereka bercinta sangat sweet.

SHE WAS PRETTY

Kalau korang nak tahu, drama ini adalah berdasarkan kisah benar. Ia mengenai dua kenalan masa lalu yang bertemu semula selepas mereka dewasa. Kim Hye Jin adalah seorang gadis yang kaya dan cantik dan tiba-tiba bila keluarganya jatuh muflis, sekali kecantikan dia pun hilang. Sehinggalah satu hari dia bertemu semula dengan Ji Sung Joon iaitu lelaki yang sebelum ini biasa sahaja tetapi membesar sebagai seorang lelaki yang handsome. Apa yang akan jadi selepas mereka bertemu? Korang kenalah tengok! 

WHAT’S WRONG WITH SECRETARY KIM

Drama ini mengisahkan tentang seorang  CEO syarikat,  iaitu Lee Yeung Joon yang merupakan seorang yang sangat ego, over-confident dan percaya dia adalah orang yang sangat berpengaruh sampai tak peduli langsung tentang orang disekelilingnya. Dia juga dibantu oleh seorang setiausaha yang sangat perfectionist yang sangat workaholic. Apa yang menarik dalam cerita ini? Korang kenalah tonton!

REVOLUTIONARY LOVE

Kisah tentang Byun Hyuk, Kwan Jae Hoon dan juga Baek Joon yang mana satu hari mereka berjumpa dan Baek Joon ingat Byun Hyuk ini adalah seorang pekerja biasa sampailah satu masa Byun Hyuk dihalau keluar dari rumah dan tinggal bersama Jae Hoon. Apa yang akan jadi? Dan siapa sebenarnya Byun Hyuk ini? Korang kenalah tonton cepat. Drama ini bakal buat hati korang tercyduk!

Jadi, yang mana satu yang korang dah tonton? Kalau belum, korang boleh tonton kesemuanya. Boleh ambil masa nak habiskan drama Korea dalam list kami ini. Selain dari drama Korea dalam list ini, cuba korang kongsi dengan kami pula drama Korea apa yang korang tengah tonton sekarang.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara ‘Buang’ Blackhead Dengan Mudah Dan Jimat

Kesalahan Biasa Dilakukan Ketika Pakai Face Mask