in ,

Drama Korea Paling ONZ Bulan November!

Sumber gambar: /nextshark.com/why-korean-dramas-are-so-addicting/

Dah masuk bulan November! Apa maksudnya? Maksudnya ialah dah tiba masa untuk layan drama Korea baru!

Setiap bulan mesti ada je drama Korea terbaru kan. Sampaikan tak sempat nak habiskan drama yang sebelum ni, terus dah ada list drama baru. Haihh, Ainaa sendiri baru je habis layan drama I’m Not A Robot. Best betul la drama tu! Comel je bila Min Gyu tu jatuh cinta dengan robot Aji 3! Hehe! Since kita dah masuk bulan November, rasanya dah boleh kot Ainaa suggest dekat korang a few drama baru yang bakal ditayangkan tak lama lagi. Jom check it out girls!

PSYCHOPATH DIARY

Image result for PSYCHOPATH DIARY korean drama
Sumber gambar: tribunnewswiki

Tajuk pun diary, mesti ada perkara yang disorok dalam diary tu kan? Drama ni boleh buat korang berdebar-debar dan tertanya-tanya dekat setiap scene. Mengisahkan tentang lelaki dikenali sebagai Yook Dong-sik iaitu lakonan oleh Yoon Si-yoo yang berperwatakan pemalu dan tak tahu macam mana nak marah orang. Satu hari, Dong-sik jadi saksi dalam sebuah pembunuhan dan dia decide untuk ceritakan semua kejadian yang dia nampak ke dalam diary dia. Waktu dia nak serahkan diary tu pada pihak polis, dia terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan. Mesti korang nak tahu apa yang jadi lepas tu kan? Haa, kena la tunggu 20 November ni kalau nak tahu apa kesudahannya.

GRACIOUS REVENGE / ELEGANT MOTHER AND DAUGHTER

Image result for GRACIOUS REVENGE korean drama
Sumber gambar: kdramacrazy

Drama ni ada dua tajuk dan Ainaa sendiri tak berapa pasti kenapa sampai ada dua tajuk sekali. Drama ni mengisahkan tentang Carrie Jung yang dilakonkan oleh Choi Myung-Gil yang telah kehilangan suami dan anaknya. After kejadian kehilangan dua orang tersayang tu, dia decide untuk balas dendam dekat semua yang bertanggungjawab atas kematian tu. Han Yoo-Jin yang merupakan seorang wanita biasa dilakonkan oleh Cha Ye-Ryun dijadikan sebagai alat balas dendam oleh Carrie Jung. Apa yang lebih menariknya ialah Yoo-Jin dah jatuh cinta pada lelaki yang salah. Maybe lelaki tu ialah pembunuh ahli keluarga dia? Nak tahu kena la tengok okay. Drama ni dah pun ditayangkan pada 4 November yang lepas. Ada yang dah tengok tak?

PEOPLE WITH FLAWS

Image result for love with flaws korean drama
Sumber gambar: kpopmap

Sama juga macam tadi, drama ni ada dua tajuk which is People With Flaws dan juga Love With Flaws. Mengisahkan tentang Lee Kang-Woo yang dilakonkan oleh Ahn Jae-Hyeon, merupakan seorang lelaki yang sangat tampan sampai dapat perhatian semua perempuan. Tapi waktu dulu, dia pernah dihina dan dikeji sebab memiliki rupa paras yang tak begitu menarik. Sejak tu, dia decide untuk ubah penampilan supaya dah tak kena kutuk. Tapi yang kelakarnya pula ialah bila Joo Seo-Yeon, dilakonkan oleh Oh Yeon-Seo, dia sangat benci pada lelaki handsome sebab lelaki idaman dia ialah yang biasa-biasa je. Kebetulan mereka berdua bertembung dan asyik bergaduh je setiap kali jumpa. Tapi rasanya lama-lama confirm fall in love juga! Jangan lupa 27 November ni okay!

Haihh, tak sabar pula nak tengok drama ni semua. Tapi sebenarnya Ainaa ada banyak sangat list drama Korea yang patut Ainaa tengok. Antaranya ialah Hotel De Luna, My Love From The Star dan banyak lagi la. Ya, semua drama ni dah lama, tapi nak buat macam mana, sis baru nak berjinak-jinak tengok drama Korea, hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sukan Indoor Untuk Meriahkan Cuti Sekolah

Sebab Soalan SPM, Instagram Awek Paragliding Kena ‘Serang’