in ,

Drama Korea Bulan Jun Kembali Lagi!

Sumber gambar: Inikpop

Korean drama is back! Tak sabarnya nak tengok new kdrama lagi untuk bulan ni. Nak masuk dalam bookmark ni, banyak sangat Korean drama yang tak tengok lagi.

Pejam celik pejam celik sekarang ni dah masuk bulan Jun. Maksudnya dah sampai pertengahan tahun 2020 la ni. Cepat betul masa berlalu, tak tahu apa yang kita buat sepanjang tahun ni. Boleh dikatakan sepanjang masa duduk dekat dalam rumah je since kita dalam tempoh PKPB kan.

Walaupun masih dalam tempoh PKPB, itu tidak bermaksud kita tak boleh nak bersuka ria sebentar. Apa lagi geng, layan kdrama la bila dah masuk bulan baru ni. Tapi sebelum tu, drama last month korang dah habis tengok atau belum? Ke nak buat marathon terus semua je? Tak kisah la kalau korang tak habis tengok lagi drama bulan lepas tu, sebab hari ini Ainaa nak share dekat korang list kdrama untuk bulan Jun! Dah ready ke belum?

BACKSTREET ROOKIES

Drama Backstreet Rookies ini mengisahkan tentang hubungan cinta antara seorang jejaka kacak yang merupakan pemilik sebuah mini market bernama Choi Dae Hyung bersama dengan kekasih hatinya, Jung Sae Byeol yang mana cinta mereka mula berputik ketika di sekolah lagi. Chou Dae Hyung dulu sering menjadi ‘mangsa’ untuk membeli rokok buat rakannya iaitu Jung Saet Byeol dan selepas tamat persekolahan, dia telah menawarkan Saey Byeol untuk bekerja untuknya di mini market tersebut. Kalau dulu rakannya itu seorang yang nakal, tetapi selepas empat tahun berlalu dia telah berubah menjadi seorang yang sangat baik.

SWEET HOME

Drama yang dibintangi oleh si kacak Song Kang yang mana dia seorang yang suka menyendiri serta berkurung di dalam bilik serta mengelamun sepanjang hari. Dia langsung tidak mahu untuk bercakap dengan keluarganya sendiri. Dijadikan cerita, pada suatu hari keseluruh keluarganya telah terlibat dalam satu kemalangan jiwa dan mereka semua terkorban di dalam kejadian tersebut. Selepas kejadian itu, dia telah berpindah ke sebuah apartment yang lebih kecil untuk dirinya sendiri. Tiba-tiba satu kejadian aneh telah berlaku dan seluruh apartment tersebut terpaksa bertarung nyawa untuk melawan semua hantu-hantu jahat demi untuk menyelamatkan diri mereka.

IN-SEOUL

In Seoul" (2019 Web Drama): Cast & Summary in 2020 | Web drama ...
Sumber gambar: Pinterest

Rupanya drama In-Seoul ini merupakan sambungan atau sekual bagi drama In-Seoul 2019 yang lepas. Korang dah tengok ke drama ni waktu season one? Ainaa belum lagi dan mungkin lepas ni Ainaa akan tengok drama ni so that tak ada la blur bila tengok nanti, hehe! Drama ini menceritaka tentang hubungan rapat antara anak dan ibu yang mana si ibu sentiasa memarahi anaknya sehingga membuatkan anaknya berasa dirinya tidak disayangu. Disebabkan tak tahan selalu kena marah, si anak telah memasang impian untuk menyambung pelajaran ke universiti supaya dia dapat berjauhan daripada ibunya yang garang itu. Alamak, bunyi macam best je ni kan. Kena tengok lepas ni.

PSYCHO BUT IT’S OKAY

Siapa suka drama cinta-cinta ni, drama ni memang khas untuk korang untuk feeling bersama-sama ya. Mengisahkan tentang seorang jejaka kacak yang telah memiliki segala-galanya dalam hidup dan bekerja sebagai seorang pekerja kesihatan dalam bidang psikatri. Dia sangat sempurna dan hampir segala-gala tentang dirinya tiada cacat cela tetapi dia mempunyai seorang abang yang mengalami penyakit autisme. Rasa macam nak buat conclusion sendiri pula. Maybe nanti ada seorang gadis cantik yang sanggup untuk berkahwin dengan dia dan menjaga abang dia sekali. Hehe! Suka hati je nak predict sendiri kan.

COMIC BOOK BOY GIRL

 

Watch full episode of Comic Book Boy Girl (2020) | Korean Drama ...
Sumber gambar: Dramacool

Daripada watak fantasi di dalam komik, tiba-tiba dia telah melompat keluar ke alam kehidupan nyata. Selama 10 tahun dia ‘hidup’ di dalam komik, kini tiba masanya untuk dia ‘hidup’ di alam nyata serta muncul di hadapan seorang pelajar cantik yang bernama Han Seonnyeo. Kebetulan, gadis bernama Han Seon Yeo tersebut mempunyai nama yang sama di dalam karakter utama komik tempat asal Cheon Nam Wook dan lagi comel bila judul komik mereka itu ialah ‘Seonnyeo and Namwook’

Alamak, nampak gayanya drama bulan Jun ni memang menarik hati betul. Ainaa palin excited nak tengok drama Comic Book Boy Girl dengan In-Seoul ni. Korang paling suka yang mana satu? Share la sikit

What do you think?

22 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Port Makan Dan Lepak Terbaik Untuk Raikan Hari BFF Sedunia

IU dan Kim Soo Hyun Buktikan Lelaki Dan Perempuan Boleh Jadi BFF Paling Sweet!