in ,

Drama Korea Bulan April Harus Tonton!

Sumber gambar: www.whats-on-netflix.com

Kalau dah masuk bulan baru, maksudnya apa? Mestilah maksudnya kita ada drama baru sempena bulan April!

Macam biasa, drama bulan lepas pun belum habis tengok lagi tapi sekarang list drama Korea untuk bulan April dah masuk. Agaknya bila boleh habis tengok semua drama? Haihh, banyak masa duduk rumah pun belum tentu cukup masa untuk kita ‘hadam’ semua drama Korea yang ada.

So, untuk bulan April korang dah ready ke belum untuk tengok list drama best yang ‘wajib’ tonton? Get ready tulis dekat notes dalam phone ya supaya tak terlepas dengan tarikh first episode setiap drama ini. Jom kita tengok!

THE KING: ETERNAL MONARCH

Haihh, tak serik-serik lagi bercinta dengan Goblin, sekarang ini Kim Go-eun bercinta pula dengan seorang raja handsome yang bernama Lee Min Ho! Drama ini mengisahkan tentang kisah dua zaman di Korea yang mana pada zaman dahulu dan masa kini. Masalah mula timbul apabila kuasa jahat terlepas ke dunia manusia dan telah membuka pintu kedua-dua dunia. Hal itu menyebabkan Lee Gon iaitu Lee Min Ho sendiri perlu turun ke bumi dan selesaikan masalah memandangkan dia ialah raja di kerajaannya. At the same time, Jung Tae-eul yang dilakonkan oleh Kim Go-eun merupakan seorang detektif yang sangat berkaliber melindungi ramai orang termasuk orang yang dia sayangi. So nanti mereka berdua akan ‘bekerjasama’ menentang orang jahat yang mana Ainaa rasa mereka akan bercinta dan diakhirnya nanti akan ada scene air mata sama macam dalam drama Goblin juga! Adoi, tak sabarnya nak tengok drama ini. Drama ini akan ditayangkan pada 17 April nanti.

HOW TO BUY A FRIEND

Eh, ada ke cara untuk ‘beli’ kawan? Drama How To Buy A Friend mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Park Chan Hong yang dilakonkan oleh Lee Shin Young, dia mempunyai bakat dalam penulisan tapi dipaksa oleh ibu bapanya dari segi pelajaran. Dia mula berkawan dengan pelajar popular di sekolahnya yang dilakonkan oleh Kim So hye dan Shin Seung Ho. Hoe Don Hyuk (Shin Seung Ho) tidak berminat untuk belajar dan dia telah bekerja untuk menyara kehidupannya. Maka bermulalah kisah persahabatan mereka bertiga yang mempunyai dugaan. Satu demi satu masalah mula muncul tetapi mereka bertiga tetap berusaha untuk menyelesaikan semua masalah dan tetap menjadi sahabat. Ala, comelnya! Drama ini akan ditayangkan pada hari ini 06 April dan dengarnya hanya ada 4 episode sahaja. So, bolehlah habiskan dengan cepat dan move to next drama!

BORN AGAIN

Bakal ditayangkan pada 20 April ini dan mempunyai sebanyak 32 episode. Wow, boleh tahan banyak juga ya. Drama ini menceritakan tentang kisah seorang detektif, kekasihnya dan seorang pembunuh yang menyukai kekasih kepada detektif itu. Belum apa-apa dah rasa drama ini complicated! Sebenarnya kehidupan mereka telah berakhir 32 tahun yang lepas tetapi kematian telah menjadi permulaan baharu bagi mereka bertiga ketika dilahirkan semula menjadi seorang pendakwaraya, pensyarah arkeologi dan seorang lagi merupakan pelajar perubatan. Macam mana agaknya mereka nak hadapiΒ bila kehidupan mereka sebelum mati agak complicated. Haih, ini yang rasa excited nak tunggu 20 April!

WHEN MY LOVE BLOOMS

Sepanjang 16 episode ini, kita akan tengok bermacam konflik dalam drama ini yang mana ada terselit kisah romantis orang dewasa.Β Yoong Ji Soo yang dilakonkan oleh Lee Bo Young merupakan seorang wanita cantik yang telah berusia 40-an. Walaupun sudah mencapai usia 40 tetapi dia masih lagi nampak cantik. Dia juga merupakan seorang ibu dan pekerja kontrak di sebuah syarikat. Kehidupan dia tidaklah senang seperti orang lain dan telah berlaku satu insiden yang agak besar dalam hidupnya. Dia telah berjumpa semula dengan bekas kekasihnya ketika mereka berusia 20 tahun iaitu Han Jae Hyun (lakonan Yoo Jin Tae). Adakah mereka akan bercinta semula? Mana pergi suami dia? Kalau nak tahu kena tunggu nanti ya.

Dalam banyak-banyak drama ini, Ainaa paling tak sabar nak tengok drama The King: Eternal Monarch. Sebab nak tengok juga adakah cerita ini boleh tandingi favorite drama Ainaa, which is Goblin? Sama-sama kita tunggu okay girls!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kawan Yang Tak Boleh Diajak Bergurau? Cuba Buat Ini…

Lagu Covid-19 Yang Best Dan Korang Boleh Layan!