in ,

Drama Fenomena, Kaki Drama Perlu Tahu Drama Viral Ini

Sumber gambar: Instagram Zul Ariffin / NSTP

Dah pukul 7 petang, drama Melayu dah mula! Apa jadi agaknya dalam episode hari ini ya, dia kahwin ke dengan lelaki pilihan keluarga dia? Atau dia lari kahwin Siam dengan boyfriend dia?

Tepat jam 7 petang, maka ramai peminat drama Melayu mula ‘melekat’ depan TV. Mana yang tengah main luar terus masuk dalam rumah dan duduk depan TV sambil kena bising dengan mak sebab lambat solat Maghrib. Biasalah kalau dah leka sangat tengok TV, semua benda tak ingat dah. Bagi kaki drama, mesti korang akan ada drama kegemaran sendiri sehingga ada yang sanggup berhenti buat benda lain untuk layan drama punya pasal. Since sekarang tengah ada banyak drama best, kita throwback sikit beberapa drama Melayu yang pernah trending dan jadi fenomena negara. Hebat betul penangan drama ini sampai berjaya menambah hati penonton.

SURI HATI MR PILOT

suri-hati-mr-pilot-free-tonton | Pilotes
Sumber gambar: Pinterest

Pertama kali digandingkan menerusi drama Suri Hati Mr Pilot, Neelofa dan Fattah Amin terus menjadi pasangan kegemaran penonton. Pertemuan yang tidak disengajakan di lapangan terbang telah membuatkan hati Warda dan Ejaz tertaut walaupun ketika itu Warda sedang sedih mengenang kegagalan cinta pertamanya. Penangan pelakon hero dan heroin ini membuatkan penonton berharap agar Neelofa dan Fattah Amin bercinta di alam realiti dan sekiranya ada jodoh mereka mengharapkan mereka berdua mendirikan rumah tangga bersama. Sehinggakan ada fans yang wujudkan hasgtag #LoFattah ya. Ini betul-betul obses namanya sampai ada hashtag sekali. Lebih membanggakan apabila drama ini berjaya menerima banyak anugerah ketika acara Anugerah MELETOP pada tahun 2017. Drama arahan Micheal Ang ini menjadi trending pada tahun 2016 kerana chemistry antara pelakonnya sendiri dan mungkin disebabkan Fattah dan Neelofa pun kelihatan serasi ketika itu dan ada gosip mengatakan mereka menjalinkan hubungan cinta namun terputus ditengah jalan. Tapi sayang…

HERO SEORANG CINDERELLA

Drama Hero Seorang Cinderella | MyInfotaip
Sumber gambar: Myinfotaip

Tapi sayang kerana jodoh mereka tidak berpanjangan kerana nampaknya Ejaz telah beralih cinta kepada Nura Medina, lakonan Fazura menerusi drama Hero Seorang Cinderella yang kini telah menjadi isteri Fattah Amin sendiri. Gandingan mantap antara Fazura, Fattah, Uqasha Senrose dan Zizie Ezette benar-benar menghidupkan drama ini sehingga watak Uqasha dan Zizie dibenci ramai. Maklumlah, dah nama pun ‘Cinderella’, mesti ada keluarga tiri betul tak? Best tentang drama ini ialah apabila si Cinderella, Nura Medina ini pandai untuk melawan dan tidak hanya mendiamkan diri seperti Cinderella oversea atau Cinderella bak Bawang Putih itu. Selepas episode cinta antara #LoFattah telah tamat, muncul pula #FattZura sehingga menimbulkan peperangan antara dua pihak. Lebih menarik ialah drama ini juga hasil dibawah arahan Micheal Ang juga! Bagus tau Michael ini, setiap drama dia mesti trending dan jadi kegilaan ramai tau!

Psst: BTW sekarang Fazura tengah pregnant. Semoga urusan mereka berdua dipermudahkan…

TITIAN CINTA

Drama Titian Cinta catat rating 11 juta penonton episod akhir ...
Sumber gambar: Pinterest

Sksksks…. comelnya Zul Ariffin dengan Farah Nabilah, seorang kecil molek seorang lagi tinggi! Memang sesuai sangat!

Satu lagi drama yang telah mencetuskan fenomena drama Melayu yang mana menjadi kegemaran ramai makcik-makcik(dan gadis-gadis..hihi) yang minat dengan lakonan Zul Ariffin. Lakonan bersahaja antara hero dan heroin membuatkan drama ini bertambah sweet! Sepanjang drama ini ditayangkan, mereka menerima sebanyak 11 juta penonton setiap minggu terutamanya ketika menghampiri episode akhir. Disebabkan sikap cemburunya membuatkan rumah tangga yang baru dibina hancur begitu sahaja sehingga meragut nyawa zuriat mereka. Sakit hati punya pasal, Aisy (lakonan Farah Nabilah) bawa diri jauh ke negara asing demi merawat hatinya yang dilukai oleh suaminya sendiri, Harris (lakonan Zul Ariffin). Tapi bahagia hanya sementara apabila rumah tangga mereka sekali lagi dilanda ombak. Wahh, banyak betul dugaan mereka ini ya, patutlah ramai makcik-makcik suka.

CINTA SI WEDDING PLANNER

Drama Cinta Si Wedding Planner (TV3) | MyInfotaip
Sumber gambar: Myinfotaip

Drama yang berjaya mengangkat nama Mira Filzah yang digandingkan bersama dengan Adi Putra ini pernah menjadi fenomena negara pada tahun 2015 yang lalu ini membuatkan ramai gadis menyimpan hasrat untuk menjadi perancang perkahwinan. Tahun ini katanya Mira pula bakal mencari perancang perkahwinan untuk wedding dia nanti.. mesti cantik Mira pakai baju kahwin!

Mana tidaknya, buka butik pengantin terus dapat kahwin dengan anak orang kaya, fuhh drama sangat. Dapat pula kena kahwin paksa dengan mak tapi lama-lama jadi suka pun macam best juga tapi itu semua hanya berlaku dalam drama sahaja. Cinta terlarang membuatkan Zara perlu memutuskan hubungannya bersama dengan Bazli yang pada mulanya diketahui sebagai saudara sepupu, rupa-rupanya adik beradik kandung. Disebabkan itu,  dia terus menerima pinangan ibu Fariz. Woww complicated! Tapi yang terciduknya tentang drama ini, bercinta bertahun sekali baru dapat tahu tengah bercinta dengan adik beradik sendiri. Plot twist!

Kesemua drama yang kami list ini merupakan drama adaptasi daripada novel. So disebabkan itu, ramai penonton dah boleh predict jalan cerita tetapi masih lagi berminat untuk tengok dekat drama sebab kata mereka lebih real. Favorite kami mestilah drama Titian Cinta sebab ada Abe Zul Ariffin.. korang pula?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lokasi Bersejarah Ini Dikatakan Berhantu. Betul Ke?

Aplikasi Jimat Data Paling PANAS Korang Kena Ada