in ,

Drama Dan Movie Di Netflix Korang Harus Layan

Sumber gambar: Netflix.com

It’s Netflix time! Seronoknya duduk rumah dapat internet free setiap hari. Apa lagi yang kita nak? Duduk rumah diam-diam.. Layan movie itu ini sampai penat!

Day 22nd of RMO! Apa khabar semuanya? So far apa aktiviti paling best korang dah buat sepanjang di rumah? Apa? Siapkan homework? Study? Waaaahh, tahniah guys sebab korang masih lagi gagah untuk siapkan kerja sekolah! For those yang tak siapkan lagi kerja sekolah, dah boleh start buat kot sebab nanti kalau dibiarkan lama-lama jadi bertambah pula kerja.

Image about aesthetic in study by Gabby on We Heart It
Sumber gambar: Weheartit

Okay, why not kita berehat sekejap daripada study and all those homework yang kena siapkan? Kita take a ‘nap’ sekejap dengan tengok movie? Tak salah pun kalau nak tengok movie asalkan jangan 24 jam menghadap movie, confirm kena bebel dengan mak. Since sekarang kita dah dapat internet free, korang layan movie di Netflix. Ainaa nak suggest beberapa drama dan movie best yang ada dekat Netflix khas untuk korang! Jom check it out…

HINDUSTAN

Shout out to peminat Shah Rukh Khan! Sekarang korang dah boleh tengok hero favorite korang dekat Netflix. Baru-baru ini Netflix dah bawa masuk banyak filem hindustan yang menjadi kegemaran ramai. Antaranya ialah Kuch Kuch Hota Hai, Kal Ho Na Ho, Kabhi Khushi Kahbie Gham dan banyak lagi. Korang hanya perlu siapkan diri dengan pelbagai pilihan makanan depan TV sebab takkan ada iklan ya sepanjang movie. At the same time kena make sure korang memang ada banyak free time sebab kesemua movie ini perlukan masa lebih kurang 3 jam ya. Ajak satu family layan sekali. Tak perlu nak tunggu hari Sabtu baru boleh layan hindustan, hari-hari pun boleh tau. Ainaa pula yang tak sabar nak movie marathon cerita Hindustan nanti!

ITAEWON CLASS

So far di Netlix Malaysia tengah trending drama Itaewon Class which is Ainaa sendiri belum tengok lagi sebab now Ainaa tengah layan drama Hye, Bye Mama. So after habis drama ini baru Ainaa akan tengok Itaewon Class. Kalau tengok di Twitter, ramai yang bagi pendapat masing-masing tentang drama ini. Ada yang kata mula-mula je best then dekat pertengahan dan akhir tak best. Ada juga yang kata from start to ending of the drama memang best sangat. Pendapat korang macam mana? Best tak? Sebab kita masing-masing ada pendapat sendiri. Tapi bagi Ainaa, Ainaa akan layan drama ini sebab most of penontan kata drama ini best, so why not kita tengok betul tak?

SEX EDUCATION

Oopss, untuk movie ini korang kena be open minded sebab ada beberapa scene 18sx. Tapi sebenarnya movie ini bagus sebab dia educate kita tentang sex which is sekarang ini sangat penting lebih-lebih lagi untuk remaja yang sedang membesar. Dalam siri ini ada ajar kita cara untuk kenali diri, tentang persahabatan dan percintaan of course. Cuma apa yang Ainaa nak highlight dekat sini ialah tentang pendidikan seks yang dia cuba untuk tunjukkan kepada umum. Maybe ada certain part yang tak sesuai dengan culture kita dekat sini, so yang tak baik jangan kita ambil ya. Tengok part macam mana mereka handle bila berlaku pergaduhan dalam persahabatan. Again, kalau korang rasa tak sesuai untuk tengok, korang tak perlu tengok ya.

PITCH PERFECT

From Pitch Perfect 1 until Pitch Perfect 3, korang boleh layan di Netflix. Untuk peminat The Bellas’, korang mesti tak pernah bosan dengan movie ini. Bila tengok movie ini teringat zaman koir dekat sekolah, haha! Siapa geng koir angat tangan sikit, kita geng! Bagi Ainaa movie ini mengajar kita tentang erti persahabatan. Betapa pentingnya kawan-kawan yang support kita di sekeliling. Cuba tengok contoh Pitch Perfect 3, yang mana Beca rasa takut untuk jujur dengan kawan-kawan dia bila dia dipilih untuk buat persembahan khas untuk DJ Khalid. At first dia ingat mereka akan marah dekat dia tapi end up mereka semua support dan terima keputusan itu dengan baik. At the same time mereka juga bekerjasama untuk selamatkan kawan-kawan yang lain daripada kejadian yang menimpa. So, check out okay!

Korang pula ada movie dan drama favorite sendiri di Netflix? Kalau ada share sekali dengan kami, nanti kami pun boleh tengok juga! Selamat menonton!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Persiapan Bulan Puasa Kita Perlu Mula Lakukan

Cara Nampak Cantik Semula Jadi Tanpa Makeup