in ,

Drama BTS Bakal Dikeluarkan?!

Sumber gambar: https://www.pinterest.com/pin/648025833856377518/

Berita baik untuk BTS ARMY! Big Hit share berita gembira bakal release Drama Bersiri BTS. Best-nya! Tapi Oppa BTS ke yang berlakon? Malangnya tidak, Big Hit akan guna barisan pelakon lain untuk berlakon sebagai ahli-ahli BTS. But it’s okay, kita tengok boleh tak pelakon tersebut bawa watak idola sebab BTS ARMY ramai dah kenal perangai oppa BTS ini yang sebenar macam mana betul tak?

Sumber gambar:

Untuk pengetahuan awak semua juga, drama bersiri ini juga based on BTS Universe yang akan diterbitkan oleh salah satu studio produksi terbaik di Korea Selatan tau. Drama bersiri ini juga dijangka akan dikeluarkan pada pertengahan tahun depan! Wow mesti BTS ARMY dah tak sabarkan? Tapi itulah Zoe pun tak tahu drama bersiri ini percuma atau berbayar sebab dimana ia akan disiarkan pun Big Hit belum announce lagi. 

via GIPHY

Sinopsis penuh drama ini pun belum rasmi dikeluarkan Big Hit sendiri tapi beberapa info yang dinyatakan Bang Si Hyuk atau semua ARMY kenal Hitman Bang, CEO Big Hit, ada bagitahu yang drama ini akan berkisarkan cerita tentang setiap seorang oppa BTS yang berjumpa pertama kali dalam BTS Universe. Selain itu, ia akan berdasarkan jalan hidup BTS dari mereka kecil lagi. Aww, baby oppa!

Sumber gambar:

Kemudian, bukan itu saja tau! Big Hit juga umum akan ada pelbagai rancangan untuk BTS menyambut ARMY dan orang ramai menerusi pelbagai jenis media seperti Webtoons, novel, permainan, animasi, buku komik, dan drama. Woah! Untunglah korang ARMY, macam-macam mereka bagi dan get ready nak spend duit lagi kalau ada yang berbayar. LOL!

via GIPHY

Tak sabarnya nak tunggu drama ini keluar tapi Zoe nak pesan janganlah letak high expectation dekat drama dan pelakon drama itu nak berlakon 100% sama seperti oppa BTS sebab mereka bukan BTS. Takkanlah nak suruh BTS yang berlakon, kesian mereka penat sangat sebab jadual padat. Kita relax and enjoy saja dengan apa yang bakal disajikan untuk ARMY, lagi pun oppa BTS ada 7 tahun lagi terikat dengan Big Hit. YAS!

via GIPHY

What do you think?

20 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Demi Rambut Panjang, Pelajar Sanggup Buat Petisyen?!

Digelar King Of K-Pop 2019, Tahniah Jimin BTS!