in ,

Drama Best Layan Waktu Bulan Ramadhan

Sumber gambar: Ohmedia

Ramadhan tiba, Ramadhan tiba… Tiba-tiba Ramadhan, tiba-tiba Ramadhan, tiba-tiba Ramadhan… Memang tiba-tiba dah bulan puasa sekarang ni, hehe!

Day-6 of Ramadhan and out of counting for MCO! Okay sekarang ni kita dah MCO hari ke berapa ya? Ainaa dah tak ingat dah ni, korang masih mengira lagi ke? Sambil-sambil mengira tu boleh la layan drama atau movie dekat TV tu. Sekarang ni dah ada banyak drama dan movie keluar waktu bulan Ramadhan. Cerita lama pun ada diulang semula dekat TV untuk tontonan kita semua. Ainaa nak share dengan korang beberapa drama dan movie wajib tonton waktu bulan Ramadhan.

DIARI RAMADHAN RAFIQUE

Daripada kecil sampai la ke besar, cerita Diari Ramadhan Rafique ni memang favorite ramai orang termasuk Ainaa juga, hehe! Korang pun mesti tengok juga kan cerita ni? Setiap petang mesti tertunggu-tunggu bila la nak pukul 4 petang sebab waktu tahun 2006, drama ni bersiaran pada pukul 4 petang. Waktu tahun 2006 umur korang berapa?Kalau ada yang masih tak tahu lagi, Diari Ramadhan Rafique ada musim baru tau iaitu Diari Ramadan Rafique Reunion yang mula ditayangkan pada bulan Ramadhan tahun lepas. Untuk Diari Ramadan Rafique Reunion ni mereka masih kekalkan barisan pelakon asal kecuali beberapa pelakon yang tidak dapat bersama mereka sekali. Antara barisan pelakonnya ialah Rafique sendiri iaitu Mirsad Hassan Kulasic, Mysarra, Rozita Che Wan, Roy Azman dan ramai lagi. Sekarang ni pun tengah ada ulangan semula Diari Ramadan Rafique Reunion dekat TV3. Jangan lupa tengok ya.

NUR 1 DAN NUR 2

Kemunculan hero pujaan ramai, Syafiq Kyle membuatkan ramai anak gadis setia menonton drama Nur daripada dulu sehingga kini. Bayangkan sepanjang bulan Ramadhan pada tahun 2018 yang lepas, ramai orang tak sabar nak tengok apa yang terjadi kepada Nur dan Ustaz Adam. Macam yang korang tahu, drama Nur menceritakan tentang Nur yang merupakan gadis lorong, sedang dalam proses untuk berubah dan keluar daripada kehidupan lorongnya. Bila dah berjumpa dengan ustaz Adam, mula la cinta berputik yang mana rupa-rupanya ustaz Adam sendiri menyimpan perasaan terhadap Nur. Haihh, sweet betul la drama ni. Tapi dalam sweet tu ada juga dugaan dan pengajaran yang kita boleh perolehi daripada drama kesukaan ramai ni. Tengok je la watak ustaz Hamadi yang jahat tu, benda tu sendiri memang terjadi dalam kehidupan harian kira ni ya. Sekarang ni pun drama Nur sedang ditayang semula di TV3, pada jam 10 malam. Korang boleh tengok malam ni kalau tak sempat nak tengok semalam.

SYURGAMU RAMADHAN

Sekitar tahun 2010 yang lepas, drama Syurgamu Ramadhan ni memang jadi kegemaran ramai sampai tertunggu-tunggu depan TV. Bila tengok je drama ni mesti rasa sakit hati, sedih dan semua la perasaan bercampur baur. Cerita Syurgamu Ramadhan ini mengisahkan tentang kisah lima beradik yang kematian ibu dan mereka telah menetap di rumah nenek mereka yang kaya raya tetapi kehadiran mereka tidak disukai oleh si nenek kerana kisah silam antara ibu mereka bersama dengan si nenek. Pelakon utama bagi drama ini ialah Elfira Loy, Eira Syazira, Elly Suriati, Ungku Ismail, Zarina Zainordin dan ramai lagi. Apa yang best bagi drama ini ialah apabila pakcik mereka, lakonan Engku Ismail tetap bersungguh untuk menjaga anak buahnya. Tapi cerita ni memang sedih sebab ada unsur keinsafan, kekeluargaan, kasih sayang dan perasaan dendam dalam diri yang membawa padah. Korang kalau tak pernah tengok, memang kena tengok la sebab bagi Ainaa cerita ni padat dengan nilai murni. Tengok satu family lagi best!

LAGI LAGI SENARIO

Sebelum adanya banyak kumpulan lawak dekat Malaysia ni, kumpulan Senario terlebih dahulu sudah menjadi pelawak nombor 1 di Malaysia. Masakan tidak, semua movie mereka menjadi kesukaan ramai. Even sekarang ni pun masih ramai lagi yang suka tengok cerita Senario. Maklum la, mereka bukan hanya memaparkan unsur jenaka sahaja tetapi ada pengajaran lain yang boleh kita ambil. Salah satu movie Senario yang Ainaa suka ialah Lagi-Lagi Senario. Cerita ni mengisahkan tentang Wahid yang dibuang kerja sebagai pelayan restoran eksklusif dan dia telah bekerja di warung roti canai Azlee. Disebabkan pesaingan hebat antara Azlee dan Mazlan iaitu pemilik warung roti canai disebelah, perniagaan Azlee mula merudum tetapi Wahid telah berjaya menyelamatkannya dengan membuat Roti Canai Terbang Rock & Roll. Mazlan pula terasa tergugat dan mengambil keputusan untuk menjual makanan kepada pelanggan pada bulan puasa. Nak tahu lebih korang kena la tengok cerita ni sebab ada unsur nilai murni tentang kejujuran didalamnya.

Ainaa rasa korang pun mesti layan semua drama dan movie yang Ainaa cakap ni kan? Kalau tak layan memang rugi la, dapat pula waktu PKP ni memang semua cerita kita akan tengok la kan? Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kata-Kata Terbaik Cerita Spongebob Untuk Dijadikan Contoh

Cakap Lain, Maksud Lain, Jom Cuba Fahami Girl Language!