in ,

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Kembali Dengan Lebih DRAMA!

Sumber gambar: Instagram 7 Hari Mencintaiku

Malam ni boleh tengok Pak Samad mengamuk lagi macam haritu tak? Sampai bergegar kamera lepas Pak Samad mengamuk marah Mak Leha…

Siapa ingat drama trending berjudul 7 Hari Mencintaiku yang disiarkan pada tahun 2016 yang lepask? Kalau korang tak tengok drama ni memang rugi la sebab hari ini, drama sambungan 7 Hari Mencintaiku 2 akan ditayangkan. Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Siti Saleha, Shukri Yahaya, Syazwan Sulkifly, Wan Sharmila, Kazar, Buntat, penampilan baharuΒ Wafariena Roslan dan Sean Lee serta ramai lagi. Nampaknya memang ramai dah tak sabar nak tengok kesinambungan cinta antara Khuzairi dan Mia lakonan Shukri Yahaya dan juga Siti Saleha. Cuma kali ini watak Pak Samad yang dipegang oleh Aman Graseka telah digantikan dengan Kazar atas sebab tertentu. Walaupun watak Pak Samad dipegang oleh orang lain, tapi korang masih kena tengok tau drama ni. Ainaa akan list beberapa sebab kenapa ramai suka tengok drama 7 Hari Mencintaiku season 1 dulu…

BAPA YANG ADIL

View this post on Instagram

Throwback #7HariMencintaiku. Pak Samad sayang betul dekat Mia. Jangan lah siapa2 usik menantu dia tu. Memang kena marah lah. Lagi2 kalau Mak Leha dengan Helmi mengata Mia. Tapi nanti #7HariMencintaiku2, Mia benci Pak Samad sebab percaya sangat dekat mama dia. 😣 . AKAN DATANG #7HariMencintaiku2 Mulai 2 Julai 2020 Isnin – Jumaat | 7mlm Di slot Akasia TV3 . . #7HariMencintaiku2 #AkasiaTV3 #SlotAkasia #7HariMencintaiku #DramaSangat #megadrama #ShukriYahaya #SitiSaleha #syazwanzulkifly #fayekusairi #jannanick #zulariffin #aydajebat #wansharmilla #wawazainal #emmamaembong #mirafilzah #neelofa #miaadriana #khuzairi #paksamad #dramaadaptasinovel #artismalaysia #covid19

A post shared by 7 HARI MENCINTAIKU 2 ❀️ (@7harimencintaiku._2) on

Macam yang korang tengok waktu episode lepas, watak Pak Samad merupakan seorang bapa yang sangat tegas. Tak kisah la siapa yang salah, mesti akan diberi nasihat dan terima hukuman. Baik anak sendiri atau menantu, mesti kalau ada salah, dia tetap akan tegur. Ingat lagi watak Helmi yang dipegang oleh Syazwan Zulkifly yang mana dia merupakan seorang anak yang nakal dan jahat? Tengok la betapa marahnnya Pak Samad dekat Helmi bila anaknya tu buat salah. Kiranya nilai yang ada dalam drama ni ialah sikap adil seorang bapa yang tak pilih kasih antara anak-anak walaupun Mak Leha tu sendiri suka lebihkan Helmi berbanding anaknya yang lain iaitu Khuzairi dan Nadia, lakonan Jaja Iliyes.

PERSAHABATAN

Siti Saleha Dan Wan Sharmila 7 Hari Mencintai Mu | EncikShino.com
Sumber gambar: Encikshino

Sebagai seorang kawan mesti la kita akan sentiasa ada dengan BFF kita kan? Begitu juga dengan Sofi, lakonan Wan Sharmila yang mana dia sentiasa berada di sisi Mia iaitu Siti Saleha ketika dia memerlukan sokongan. Kalau korang perasan waktu drama yang lepas, walaupun Mia ni buat salah, Sofi tetap akan tegur kesalahan yang dibuat oleh sahabatnya itu. Macam tu la baru kawan yang sejati, tegur bila kita buat salah dan bukannya lagi support bila kita salah. Watak yang ditunjukkan juga merupakan seorang yang memahami isi hati sahabatnya yang mana itu juga merupakan ciri yang perlu ada dalam diri setiap sahabat.

KESABARAN YANG TINGGI

Mesej utama untuk drama ni bagi Ainaa ialah kesabaran seorang suami untuk mendidik dan membimbing si isteri untuk taat dengan suami. Macam yang korang tahu, watak Mia pada mulanya seorang yang keras kepala, kasar dan agak biadap bila bercakap dengan si suami. Disebabkan sifat sabar yang tinggi dalam diri Khuzairi, dia mampu untuk membuatkan Mia hormat pada dirinya. Ye la, kan berdosa kalau kurang ajar dengan suami… Bukan setakat Khuzairi je yang sabar dengan Mia, rasanya Sofi pun banyak bersabar juga dengan kawan baik dia tu. Nasib baik la end up boleh dengar cakap, tak ada keras kepala dah macam mula-mula tu.

SIFAT PERTAHANKAN DIRI

View this post on Instagram

Amboiii Mia πŸ’πŸ»β€β™€οΈ Tengah bagi nasihat pun awak sempat lagi perli Mak Leha tu kan πŸ˜‚πŸ˜‚ Confirm Mak Leha tu terciduk lepas dengar awak cakap macam tu πŸ˜…. . 7 HARI MENCINTAIMU 2 Mulai 2 Julai 2020 Setiap Isnin-Jumaat 7 Malam di @tv3malaysia Diadaptasi daripada Novel 7 Hari Mencintaiku 2 karya @sitirosmizahsemail Arahan – @khanmancung Terbitan : @sronesdnbhd Dibintangi oleh @sallywho @shukriyahaya @lala.wansharmila @syazwanzulkifly @jajailiyes_ @fayekusairi @lizza_abdullah @kazar35 @bilazali @dhia_ly @puterirafasya1 @seanlje @jasminhamidjh @shaharuddinthamby @_anneabdullah @razzuanrosli @syaffiqsahli . #7harimencintaiku2 #7harimencintaiku #akasia #tv3malaysia #dramasangat #sitisaleha #shukriyahaya #wansharmila #khuzairi #miaadriana #sofi #RoadToEpisode1 #Meletop #Malaysia #kitabaikramaisayang #zahirahmacwilson #emmamaembong #mirafilzah #neelofa #syafiqkyle #wawazainal #aydajebat #jannanick #demicantik #demica #ctdk #buntat #covid_19 #kitajagakita #fightcovid19 . . OST 7 HARI MENCINTAIKU 2 🎢 AKU BIDADARI SYURGAMU – @ctdk . @dramasangat @tv3malaysia

A post shared by ✨🌹7Β π‡π€π‘πˆΒ πŒπ„ππ‚πˆππ“π€πˆπŠπ”Β 2🌹✨ (@_.7harimencintaiku.2) on

Apa yang lebih menarik perhatian pada drama ini ialah sikap Mia yang suka mempertahankan dirinya daripada sering dihina oleh Mak Leha. Hari-hari mesti ada je benda yang Mia akan argue dengan Mak Leha yang memang langsung tak suka akan kehadiran Mia dalam keluarga mereka tu. Disebabkan itu, Mia tetap mempertahankan dirinya walaupun sering dihina oleh ibu mertuanya sendiri. Bukan setakat Mia je, Nad tu pun sama selalu menyebelahi Mia setiap kali dia kena marah dengan Mak Leha. Ingat scene Helmi mengamuk waktu Syakila nyaris dinikahkan dengan Khuzairi? Tengok betapa hebatnya Helmi mempertahankan abang dia daripada berkahwin dengan Syakila yang hanya ingin mempergunakan keluarga mereka sahaja.

Korang excited ke tak nak tengok malam ni? Actually drama ni sepatutnya ditayangkan pada 20 April yang lepas, tetapi disebabkan PKP terpaksa ditangguhkan. Jadi, malam ini merupakan tayangan episode pertama drama 7 Hari Mencintaiku 2. Jangan lupa tengok ya, jam 7 malam pada setiap hari Isnin hingga Khamis.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kesan Jika Terlalu Paksa Diri Untuk Belajar

Cara Glow Up Diri Sebelum Masuk Sekolah