in ,

Download ‘Library’ Dalam Phone Je!

Sumber Gambar: http://www.sci-news.com

Hello #Lunagirls.. siapa dekat sini yang minat membaca? Atau azam tahun ni untuk lebih banyak membaca? Kita boleh dapat banyak manfaat dengan membaca.. walaupun hanya buku fiction tapi ia amat membantu kita untuk berimaginasi dan berfikir dengan lebih kreatif! Jadi harini LUNARIA nak perkenalkan aplikasi untuk korang yang suka membaca!

GOODREADS

Sumber Gambar: https://www.stephenbentley.info

Aplikasi ni seperti media sosial kepada book worm! Sebab bukan saja korang boleh baca buku tapi korang juga boleh cari extra informasi tentang buku yang korang nak cari seperti sinopisi, rating, tahun terbitan dan sebagainya! Selain itu, di Good Reads mengumpulkan group yang membaca mengikut genre tertentu tau.. So kita boleh buat kawan baru!

GOOGLE PLAY BOOKS

Sumber Gambar: https://ausdroid.net

Kalau #Luangrils nak tahu Google juga ada mengeluarkan aplikasi untuk membaca iaitu Google Play Books! Di aplikasi ni korang boleh baca pelbagai jenis buku dengan percuma! Syoknya.. Tapi phone korang mesti kena connect dengan Internet ya! Kalau tak sampai esok pun masih loading.. Hihi!

WATTPAD

Sumber Gambar: https://variety.com

Ini adalah aplikasi yang paling trending di kalangan remaja zaman sekarang! Masih dengan fungsi yang sama, aplikasi ini menghasilkan buku cerita sama ada di dalam negara dan juga international! Ada pelbagai genre seperti horror, romantic, action and science fiction. Selain membaca, korang juga boleh menyumbangkan idea penulisan korang di aplikasi ni.. Sambil menyelam minum air orang kata!

AMAZON KINDLE 

Sumber Gambar: https://www.bestdealsunder100usd.com

Bagi sesiapa yang meminati novel-novel klasik, korang boleh check out Amazon Kindle! Ia juga  ada kamus dan Wikipedia tau #Lunagirls! So sangat mudahlah kalau ada perkataan yang korang tak faham, just cari je dalam kamus! Syok kan?

Mesti lepas baca ni korang tak sabar untuk download kan? Zaman digital semuanya dihujung jari je #Luangirls! Klik sana, klik sini! Lepas ni tak ada alasan lagi untuk tak membaca sebab kena pergi perpustakaan! Korang hanya perlu download je..

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Malu Kulit Gelap? Kan Lebih Manis!!

OMG Tudung Berlubang Pula!!