in ,

Doktor Dolittle Kembali Beraksi Dalam Penggembaraan Bantu Ratu

Sumber gambar: screengeek.net/2020

Yeay! Tidak lama lagi filem Dolittle akan ditayangkan di pawagam! Eh bukan! Sebenarnya esok iaitu pada 23 Januari. Mesti ramai yang tidak sabar untuk melihat filem ini yang juga merupakan projek pertama Iron Man kita, ceh… iaitu Robert Downey Jr. yang juga akan berlakon dalam filem ini sebagai Dr. Dolittle. Filem ini adalah arahan Stephen Gaghan yang diambil dari naskhah “The Voyages of Doctor Dolittle” oleh Hugh Lofting. Ia menceritakan mengenai seorang ahli fizik yang mampu berkomunikasi dengan haiwan. 

Sumber gambar: cinemablend

Untuk pengetahuan korang, Universal Pictures telah berkongsi trailer filem Dolittle dan melalui trailer ini kita dapat lihat pengembaraan Dr. Dolittle bersama dengan kawan-kawan haiwannya yang penuh dengan cabaran dan memang terbaik untuk korang yang suka filem genre berkonsepkan fantasi komedi. Sebab kami dah pergi tayangan perdana Dolittle, kami akan kongsi sedikit sinopsis tentang filem ini dengan korang ya! 

Sumber gambar: insider

Filem Dolittle ini mengisahkan tentang seorang doktor yang hidup dalam dunia sendiri bersama haiwan eksotik kesayangannya bersama isterinya, Lily seorang penggembara. Selepas kematian isterinya, Dr. Dolittle tiada semangat untuk membantu haiwan yang sakit dan hidup seperti biasa seorang diri bersama haiwan-haiwan jagaannya. Satu hari, ratu di negaranya telah jatuh sakit dan pada waktu itulah dia dipaksa untuk mengembara bersama rakan haiwannya ke sebuah pulau misteri untuk mencari penawar yang diperlukan oleh ratu dan banyak sangat cabaran yang dilaluinya hanya untuk nak dapatkan penawar itu.

Sumber gambar: latimes

Apa yang menarik adalah penawar itu hanya ada di dalam jurnal mendiang isterinya yang telah dicuri oleh seorang yang kejam yang mana korang kena tengok sendiri bagaimana cara unik untuk Dr. Dolittle dapatkan semula jurnal isterinya yang akan tunjukkan jalan untuk dapatkan penawar buat ratu. Dengan kelebihan Dr. Dolittle yang mampu bertutur bahasa haiwan, adakah dia dapat penawar untuk ratu? Jadi korang memang kena tengok sebab memang fun habis! 

Sumber gambar: nypost

Selain daripada Robert Downey Jr., ada lagi pelakon-pelakon ternama lain yang terlibat dalam filem ini sebagai pelakon suara antaranya Tom Holland, Antonio Banderas, Rami Malek, Selena Gomez dan John Cena. Jadi, kalau korang dah lama sangat tak tengok Robert Downey Jr. berlakon, inilah masanya untuk korang tengok filem pertama lakonan Robert Downey Jr. selepas watak Tony Stark mati dalam filem Avengers: Endgame hari itu. 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Top 5 Artis Yang Pandai Dalam Akademik!

Tips Nak Kekalkan Mulut Tidak Berbau Di Sekolah