in ,

DIY Lip Balm Guna Bahan Dapur!

Sumber gambar: Unsplash.com

via GIPHY

Lipstick VS lip balm yang mana pilihan #Lunagirls? Ada orang bila pakai lipstick bibir mudah kering, ada yang pakai lip balm akan buatkan bibir mengelupas.. but it’s okay! Jom LUNARIA kongsikan resepi rahsia yang korang boleh cuba untuk buat DIY lip balm menggunakan bahan dapur je!

MENTEGA

via GIPHY

Siapa sangka mentega boleh dijadikan lip balm! Hehe! #Lunagirls perasan tak, bila bibir telalu kering ia akan berdarah! So lepas ni korang boleh sapu mentega di bibir sebab ia akan membantu untuk menghentikan pengelupasan di bibir tau!

MADU

via GIPHY

Semua tahu madu ada banyak khasiat untuk kita! Untuk bibir ia membantu pulihkan kembali tekstur kulit bibir yang tengah kering.. Nutrition dalam madu juga akan melembapkan bibir lebih lama berbanding guna lip balm biasa!

OLIVE OIL

Sumber gambar: blog.williams-sonoma.com

Biasa mak kita pakai olive oil untuk masak makanan kan? Olive oil sangat kaya dengan vitamin E.. sebab tu ia sangat sesuai untuk ganti lip balm! Jika kerap pakai olive oil kesannya bibir korang akan jadi lebih lembut!

COCONUT OIL

Sumber gambar: www.eatthis.com

Dan coconut oil pun baik untuk bibir juga tau! Ia juga bagus untuk kecantikkan rambut dan kulit.. Sebelum tidur make sure korang sapukan pada bibir dan esok pagi bila bangun mesti akan rasa bibir segar sangat!

Kalau bibir #Lunagirls tak ada sebarang masalah kekeringan pun boleh cuba tips ni untuk maintain kecantikan tu! Tak semestinya kita kena pakai lip balm yang jual dekat drugstore je tau girls. Kalau guna cara ni korang boleh la berjimat sikit. Hehe!

P/s: Bahan-bahan yang digunakan maybe tak sesuai dengan semua jenis kulit muka tau! So make sure korang test dulu dekat kulit tangan sebelum sapu di muka okay #Lunagirls?

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bentuk Kuku Serlahkan Personaliti #Lunagirls!

Bercuti Di Korea Selatan? Download Apps Ini!