in ,

DIY Kasut Sekolah Lama!

Sumber gambar: now.ruelala.com

Hai #Lunagirls! LUNARIA nak tanya, biasanya korang buat apa dengan kasut sekolah lama? Buang atau simpan untuk pakai next year? Tapi jangan buang please! Sebab kalau korang nak tahu, kasut sekolah lama boleh buat jadi sesuatu yang cool tau! Harini LUNARIA nak kongsikan idea untuk jadikan kasut sekolah korang nampak lebih trendy da sesuai untuk pakai harian!

LUKIS CORAK

via GIPHY

Kalau #Lunagirls nak tahu,  korang boleh lukis atas kasut sekolah lama yang kosong tu okayy! Sekarang ramai orang DIY kasut lama jadi kasut baru tau..bukan je nampak lebih awesome tapi korang bleh berjimat juga! Hehe! #Lunagirls bleh design corak atas kasut lama tu ikut kreativti, then share it dekat media sosial!

TAMBAH WARNA

via GIPHY

Disebabkan kasut sekolah putih, lagi senang nak DIY tau! #Lunagirls hanya perlu tambah warna je! Dengan menggunakan watercolor untuk fabric, korang boleh tambah warna ikut warna kegemaran korang tau! Nak nampak lebih menyerlah, korang boleh warnakan dengan warna yang terang seperti hot pink, red chili atau pun turquoise!

TAMPAL BADGE

Sumber gambar: www.dhgate.com

Kebiasaannya orang lain akan tampal badge ni  pada baju je.. Tapi apa kata #Lunagirls tampal dekat kasut! Mesti nampak lebih cool! Korang boleh je tampal guna gam kain yang kuat atau kalau terlebih rajin korang boleh je jahit okay?

JAHIT MANIK

Sumber gambar: Kara Beauty YouTube 

Kalau yang ni kena extra rajin sikit! Hehe! Kasut sekolah yang kosong, korang boleh tambah manik tau! Selalunya orang letak manik dekat baju raya je, tapi kalau nak nampak lebih menarik, korang boleh jahit manik pada kasut!  Untuk #Lunagirls yang suka bling bling, korang boleh juga  tambah glitters!

Cuti sekolah nanti, #Lunagirls boleh cuba isi masa DIY kasut sekolah lama.. Nanti jangan lupa share dekat Instagram dan tag @Lunariamy okay? Nak lagi fun korang boleh buat DIY kasut ni dengan your squad so boleh lah bertukar idea supaya jadi lebih kreatif! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments