in ,

DimSum Thai Pop 2019 Buat Ramai Gadis Cair #Tercyduk

Sumber gambar: lunaria.com.my

Biasanya kalau hari minggu korang selalu buat apa? Mesti ada yang spend time untuk ganti semula waktu tidur, belajar memasak, keluar dengan kawan, wayang dan lain-lain, betul tak? Tapi baru-baru ini, hujung minggu LUNARIA turun Shah Alam sebab kami nak tengok sembilan artis dari negara gajah putih iaitu Thailand di konsert DimSum Thai Pop! Konsert mereka luar biasa

Sumber gambar: LUNARIA

Rugi sangat untuk siapa yang tak sempat pergi sebab semalam ada pelakon My Ambulance iaitu Sunny Suwanmethanont, Sky Wongravee Nateetorn, Billkin Putthipong Assaratanakul, Thanaerng Kanyawee Songmuang! Penyanyi lagu OST-nya iaitu Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat pun ada. Bukan setakat itu sahaja ya guys! Tor Thanapob Leeratanakachorn, Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram, Captain Chonlathorn Kongyingyong dan Ice Paris Intarakomalyasut empat anggota dari 9BY9 pun datang. Bila tengok mereka terus gadis-gadis jatuh hati..

Sumber gambar: LUNARIA

Walaupun acara bermula agak lambat dari waktu yang dijadualkan tetapi semua peminat tunggu dengan sabar dan kesemua sembilan artis Thailand yang datang pun memang menghargai kehadiran semua peminat dan tak habis-habis cakap ‘Saya Sayang Awak’ kepada peminat mereka. Selain itu, hos acara Nadia Anuar yang cantik pun memang awesome sebab dia sendiri faham dan mampu bertutur dalam bahasa Thai, siap tolong translate untuk mereka lagi. Woah hebatkan

Sumber gambar: LUNARIA

Selain itu, tak lupa juga persembahan pun dimulakan dengan ramai budak TikTok menari sebab iyalah Let’s Sanook Together punya challenge itu dari tarian dari lagu Love with a Siren yang dinyayikan oleh Ice dan Pearwah viral satu nusantara? Untuk yang tak tahu kenapa lagu ini boleh viral, ia adalah sebab ini merupakan OST drama bersiri My Ambulance yang dilakonkan oleh heronya tak lain tak bukan Sunny Suwanmethanont dan Davikah Hoorne. Cubalah korang tengok drama bersiri itu dulu.. Ia sangat romantik dan kelakar!  

Sumber gambar: LUNARIA

Bukan itu sahaja, Pearwah Nichaphat pun siap nyanyi lagu penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Comel Pipi Merah dan siap fasih pula itu, tiada pelat-pelat. Sky Wongravee Nateetorn dan Sunny Suwanmethanont pun siap menyanyi! Dan suara mereka not bad! Dan ditengah acara konsert DimSum Thai Pop ini pun siap ada game antara mereka dan peminat tau! Untung betul siapa yang dipilih. Sebab game dia mudah sangat dan siapa menang siap dapat bergambar guna polaroid dengan mereka. OMG! Jealous betul kami yang tak dapat peluang keemasan ini! 

Sumber gambar: LUNARIA

Akhir sekali, penutup konsert memang fun habis sebab mereka semua menyanyi dan menari lagu Uptown Funk dengan sorakan paling nak keluar anak tekaklah orang kata dari peminat-peminat mereka. Happening habis konsert DimSum Thai Pop kali ini. Kami harap tahun depan ada lagi sebab crowd tak kalah macam konsert artis BBNU dan K-Pop!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mula Rasa Malas Study Waktu Minggu Exam? Ingat Perkara Ini!

Shopping Phone Baru Harga Berbaloi Sempena 11.11