in ,

Dilarang Buat Perkara Ini Dengan Ex Boyfriend!

Sumber gambar: exbackpermanently.com

OMG! Ex boyfriend waktu tingkatan 2 WhatsApp kata nak get back balik la pula! Nak accept semula atau block je dia daripada hidup buat selama-lamanya? #SisKeliru

Wow! Power la korang kalau ex boyfriend datang nak minta get back semula. Tapi perlu ke kita nak terima si dia tu semula? Dulu dah saling membenci, sekarang nak sayang balik pula? Before korang buat keputusan melulu, baca dulu beberapa benda yang tak sepatutnya korang buat dengan ex boyfriend.

AJAK LEPAK

Sumber gambar: https://www.psychologytoday.com/intl/blog/compassion-matters/201402/5-things-try-giving-relationship

Rule number 1! Jangan sesekali text ex korang dan ajak dia lepak.. Lebih lagi kalau ke tempat kenangan manis korang pernah date dulu!Β Even bagi alasan nak pulangkan barang pun dah tak valid. Zaman sekarang ni kalau ex dah bagi barang, tak perlu pulangkan semula. Korang bagi je dekat adik beradik atau kawan-kawan.. Bukan tak move on, cuma tak nak la jadi gaduh pula nanti, lagi-lagi kalau si dia tu dah ada pengganti tempat korang.

SHARE STORY

via GIPHY

Maybe ada yang still berkawan dengan ex dan follow each other dekat social media, tapi tak perlu sampai korang shareΒ semua cerita dengan si dia. Contohnya cerita tentang masalah personal korang, itu lagi la DILARANG sama sekali untuk cerita atau mengadu nasib dekat si dia. Kalau dia sendiri yang tanya, jawab sikit-sikit je. Selebihnya pandai-pandai la dia nak stalk sendiri! Lol!

BURUKKAN EX

via GIPHY

Jahat macam mana pun dia, at least korang pernah bahagia bersama-sama even hanya dengan cinta monyet. As a good girl, korang tak perlu burukkan ex tu dekat kawan-kawan yang lain. Kalau nak cerita punca break up tu tak ada masalah, cuma jangan melebih sangat. Simpan aib masing-masing ya girls.

GET BACK

via GIPHY

Dalam banyak-banyak hal yang dilarang, this is the most important! Please jangan get back dengan si dia walau apa sebab sekali pun. Move on je dengan life korang dan cari boyfriend baru! Tak salah kalau nak kawan biasa tapi tak perlu sampai nak get back. Hmm tapi kalau dah jodoh korang, nak buat macam mana pula?

Kalau korang rasa benda ni susah untuk dibuat, jangan risau sebab Ainaa faham perasaan korang sebab Ainaa pernah alami situasi masa sekolah dulu.. Huhu! Apa pun, fikir masak-masak sebelum buat keputusan terburu-buru okay! Lagi pun ni kan cinta monyet je.. Hihi!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hari Pertama Bertugas, Guru Bahasa Inggeris Ini Curi Perhatian

Kematian Yang Tak Dijangka!! Be Careful Girls!