in ,

Digelar King Of K-Pop 2019, Tahniah Jimin BTS!

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=uA9xG0vuGL8

OMG! Congratulation Oppa Jimin sebab dah berjaya dinobatkan sebagai King of K-Pop 2019 minggu lepas!

Siapa sangka one of boy band kumpulan BTS berjaya dapat tempat pertama dekat laman King Choice yang mana merupakan satu laman web pengundian bintang K-Pop antarabangsa terbesar dekat dunia. Hebat betul oppa kita!

Image result for jimin king of kpop
Sumber gambar

Kira kemenangan Park Ji Min dianggap sebagai bukti di mana dia ialah salah seorang K-Idol kegemaran ramai. Jimin terima sebanyak 1 juta lebih undian daripada peminat seluruh dunia. Itu membuktikan yang Jimin dah berjaya kalahkan Kang Danial yang dapat tempat kedua waktu pertandingan itu diadakan.

Tempat ketiga pula dimiliki oleh V daripada kumpulan BTS juga. Double power BTS girls! Ehemm, bukan itu saja ya. Khabarnya malam itu Jimin berjaya menang anugerah lain which is idola mata menawan dalam Carta Idol, penari terbaik dalam Dabeme Pop dan banyak lagi. Fuhh, tak sangka Jimin memang ramai peminat dan ada banyak bakat!

via GIPHY

Mana tidaknya, sekali dia menyanyi confirm diiringi dengan gerak tari yang lincah dan bertenaga! At the same time Jimin berjaya dinobatkan sebagai front man BTS yang mana dikenali sebagai wajah K-Pop, lincah dekat pentas dan banyak lagi. Bukan main banyak anugerah yang dia terima ya! Mesti ARMY bangga dengan kejayaan Jimin..

Agak-agak lepas ini siapa yang bakal ikut langkah Jimin menang banyak anugerah? Since semua ahli BTS ini hebat-hebat belaka, mesti mereka pun layak dapat kemenangan macam Jimin betul tak? Apa pun Ainaa ucapkan tahniah pada semua!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Drama BTS Bakal Dikeluarkan?!

Hati-Hati Dengan Media Sosial ‘3R’