in , ,

Diet Buah? Boleh Percaya Ke?!

Sumber Gambar: https://aniemohamed.blogspot.com

Buah memang elok untuk kesihatan kita, lagi-lagi untuk kulit. Ada yang makan buah untuk diet, seperti sandwic avocado dan berry in cereal dan macam-macam lagi. Tapi tak semua orang boleh ikut diet ni, sebab ia bergantung pada kesihatan dan aktiviti harian korang. Jadi apa Ummi boleh cakap, buah is cancelled for diet! Terlalu banyak pengambilan buah boleh memudaratkan sebab….

MEMPENGARUHI GULA DALAM DARAH

Sumber Gambar: http://kupang.tribunnews.com/

Buah-buahan merupakan agen sukrosa atau fruktosa dan kaya dengan nutrisi. Namun, ramai yang tertipu dengan gula semulajadi ni sebabnya ia tetap akan mengganggu kadar gula dalam darah, macam buah pisang, mangga, nanas. Sebab tu tak boleh makan buah terlalu banyak, melebihi dari apa yang disarankan, especially untuk orang yang nak diet dan yang ada diabetes.

KACAU PENGHADAMAN

via GIPHY

Buah-buahan yang tinggi fiber ni secara tak langsung boleh mengganggu proses penghadaman. Lagi-lagi kalau korang selalu mempunyai masalah buang air besar, kembung perut dan pelbagai lagi. Kandungan acid dan fiber buah boleh menambah lagi rasa sensitive pada perut. Sekaligus buat perut korang sakit.

TERDEDAH PADA BAKTERIA

Sumber Gambar: http://www.projektravel.com

Walaupun buah ni nampak macam senang dijaga dan dibersihkan tetapi sebenarnya korang silap girls. Buah senang menyerap udara apabila disimpan dalam peti sejuk, sebab tu bakteria mudah  melekat, lagi-lagi kalau korang tak cuci atau jaga peti ais korang dengan elok. Ada kes dimana seorang pak cik, ususnya mati dan mereput akibat makan buah tembikai yang disimpan semalaman. Haa sampai macam tu seriusnya bakteria dalam buah ni girls. 

Nak diet ni boleh je sebenarnya, but make sure sesuai dengan kesihatan dan aktiviti korang. Jangan la terlalu berharap dekat Google, kadang-kadang cara dietnya tak serasi dengan badan korang, especially kalau korang ni jenis yang active dekat sekolah. Takut ada masalah lain pula yang jadi. Take care ya girls!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Filter ‘Gender Swap’ Buat Ramai Orang Jadi Gila!

Bayt Al-Rahmah Lindungi Gadis Terlanjur