in ,

Didi And Friend Keluar Lagu Baru, Kali Ni Mumia Lapar Pula!

Sumber gambar: Youtube.com

Mengantuk mengantuk nak tidur mana? Mengantuk mengantuk macam mana ni?!

Haaa, siapa ingat lagi dengan lagu Mengantuknya Mumia by Didi And Friends ni? Last year lagu ni viral satu Malaysia sampai semua orang stuck dengan lagu ni sepanjang hari. Pantang ada orang nyanyi lagu ni sikit, terus menyanyi for the whole day!

Lunasquad pun ada juga buat parody lagu ni last year. Korang boleh tengok balik dekat Youtube channel kitorang okay kalau nak dengar suara kami menyanyi lagu Mengantuknya Mumia tu! Mesti korang sendiri pun asyik menyanyi je lagu tu kan haritu? Lagu best macam tu memang la senang nak jadi ikutan.

Lagi pun semua lagu daripada Didi And Friends memang menjadi kesukaan ramai kanak-kanak. Bukan setakat kanak-kanak je, orang dewasa pun minat juga dengan lagu Didi and Friends ni tau. Korang tahu tak sekarang ni Didi and Friends dah ada lagu baru yang mana rentaknya seakan-akan lagu Mengantuknya Mumia, tapi tajuk kali ini ialah Laparnya Mumia!

Lagu ini masih lagi mengekalkan rentak lagu Mengantuknya Mumia tetapi hanya liriknya sahaja ditukar supaya masuk dengan situasi bulan Ramadhan. Liriknya pun ada menyebut tentang roti john, burger dan macam-macam lagi.

Ramai netizen excited dengan lagu tersebut sebab liriknya sangat sesuai dengan situasi pada bulan Ramadhan yang mana semua orang asyik rasa lapar setiap masa. Kalau dengar waktu malam pun boleh jadi lapar juga ni, hehe!

Video itu telahpun dilancarkan pada hari Khamis lepas dan sehingga hari ini, video tersebut telah ditonton sebanyak 1.5 juta kali sepanjang lima hari. Woww, memang tak terkejut la kalau lagu ni famous sebab bukan setakat kanak-kanak sahaja yang suka dengar lagu ni, kita yang dah dewasa ni pun boleh hafal lagu ni dengan sekelip mata sahaja.

Tak salah kalau Ainaa katakan, lagu ini akan menjadi fenomena sama seperti lagu Mengantuknya Mumia macam sebelum ni. Korang dah dengar ke belum lagu ni? Kalau belum lagi, please dengar sekarang supaya kita ramai-ramai boleh menyanyi lagu ni secara ‘berjemaah’ dengan semua.

At the same time, Ainaa juga baru discover satu lagu baru daripada Didi and Friends ni iaitu lagu Lipas! Korang tahu atau tak yang mereka ada lagu Lipas ni? Best tu memang la best tapi bila dengar perkataan lipas tu terus rasa geli geleman tau!

Cuma apa yang bestnya bagi lagu ni ialah lipas tu terbang sambil kejar Didi, Jojo dan Nana. Liriknya siap cakap ‘lipas tolong pergi, lipas rasa geli’! Tengok lipas tu terbang pun Ainaa sendiri dah rasa geli sebab walaupun lipas tu nampak comel dalam video tu.

Agak-agak lepas ni Didi and Friends akan keluarkan lagu apa ya? Lipas sudah, mumia yang lapar pun dah, mumia yang mengantuk pun sudah juga. Tapi apa yang pasti apa pun lagu Didi and Friends, mesti semua orang boleh hafal walaupun golongan orang dewasa.

Dalam banyak-banyak lagu Didi and Friends, mana satu yang menjadi favorite korang? Share sikit dekat komen bawah ni okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

The Best Iftar Food Korang Boleh Share Dengan Kawan!

K-Pop Idol Sebaya Tapi Nampak Berbeza Sebab…