in ,

Deretan K-Pop Idol Ini Hampir Debut Dengan Group Lain

Sumber gambar: id.pinterest.com/meliyabi

Pernah tak korang terbayang, kalau K-Pop idol yang korang minat sekarang ini bukan dalam kumpulan yang mereka duduk sekarang tetapi debut dalam agensi dan kumpulan yang lain? Untuk pengetahuan korang, sebenarnya ada beberapa K-Pop idol hampir debut dan ada di antara mereka yang sudah masuk ke final line up akan tetapi disebabkan beberapa alasan, akhirnya mereka debut dengan kumpulan yang mereka ada sekarang ini. Biasalah, macam orang cakap kalau di tempat A tiada rezeki mungkin di tempat B ada rezeki, betul tak? 

SEOKJIN BTS – EXO

 

View this post on Instagram

 

⠀ #BTS #방탄소년단 #BTS_Dynamite Teaser Photo

A post shared by BTS official (@bts.bighitofficial) on

Pertama adalah Mr.Worldwide handsome kesayangan BTS ARMY iaitu Seokjin. Jin memiliki ciri-ciri visual yang kacak luar biasa dan wajahnya adalah idaman untuk agensi SM Entertainment. Kalau korang nak tahu, ternyata dulu Jin pernah beberapa kali mendapat tawaran untuk masuk dan menjadi idol dengan SM Entertainment. Akan tetapi, sebab Jin ingat staff SM itu adalah scammers, terus dia tolak. Jika Jin terima tawaran tersebut, kemungkinan besar Jin akan debut bersama EXO.

J-HOPE BTS – GOT 7

 

View this post on Instagram

 

⠀ #BTS #방탄소년단 #BTS_Dynamite Teaser Photo

A post shared by BTS official (@bts.bighitofficial) on

Untuk pengetahuan korang, setahun sebelum J-Hope menjadi trainee di Big Hit Entertainment sebenarnya J-Hope pernah menjadi trainee di JYP Entertainment. Ini disebabkan pernah ada satu masa dulu, viral video J-Hope menari untuk tunjukkan bakatnya semasa berusia 15 tahun. Selain itu, semasa J-Hope di JYP Entertainment, dia dan Jungkook siap pernah jadi backup dancer dalam lagu solo Jo Kwon 2AM “Animal” dan ada beberapa kali J-Hope pernah menjadi rapper pengganti dalam lagu yang sama. Cuba tengok siapa yang ada dalam video ada Suga, Jin, V berlakon dalam MV tersebut sebelum mereka debut. Jika J-Hope tidak bertukar agensi pada waktu itu, mungkin dia akan debut dalam GOT 7.

JISOO BLACKPINK – RED VELVET

 

View this post on Instagram

 

리오야 뽀뽀 😽

A post shared by JISOO🤍 (@sooyaaa__) on

Waktu pertama kali Jisoo diperkenalkan di khalayak umum ramai yang terkejut sebab visualnya adalah ciri-ciri visual SM Entertainment. Sama seperti kes Jin BTS, Jisoo juga pernah cuba ditawarkan oleh staff SM tapi Jisoo tolak sebab ketika itu Jisoo sedang menjadi trainee di YG Entertainment. Kalau Jisoo menerima tawaran tersebut, Jisoo mungkin menjadi ahli anggota Red Velvet.

WENDY RED VELVET – BLACKPINK & CLC

 

View this post on Instagram

 

ᗰEᖇᖇY ᑕᕼᖇIᔕTᗰᗩᔕ (EᐯE)🎄 & ᕼᗩᑭᑭY ᑎEᗯ YEᗩᖇ EᐯEᖇYOᑎEEEE 💚💜💗💛💙

A post shared by Wendy (@todayis_wendy) on

Sebelum menjadi trainee di SM Entertainment, Wendy pernah cuba menjalani audition di YG Entertainment dan Cube Entertainment. Malangnya di YG Entertainment, Wendy gagal dan kalau dia lulus kemungkinan dia akan debut bersama BLACKPINK. Waktu di Cube Entertainment, Wendy masuk dalam Top 15 tapi sayangnya tidak berjaya menjadi juara dan gagal debut bersama CLC.

SEULGI RED VELVET – F(X)

 

View this post on Instagram

 

Photo by father❤️

A post shared by Seulgi (@hi_sseulgi) on

Seulgi telah menjadi trainee SM sejak kecil dan dia sempat menghabiskan waktu trainee-nya bersama ahli F(X). Tapi, Seulgi tidak dimasukkan ke dalam line tersebut dan terpaksa menunggu beberapa tahun sebelum debut bersama Red Velvet.

IU – WONDER GIRLS 

 

View this post on Instagram

 

구찌야 나 잘해찌 Thank you @gucci #jackie1961

A post shared by 이지금 (@dlwlrma) on

Si cantik IU ini juga sebenarnya hampir dimasukkan dalam line up untuk debut bersama dengan Wonder Girls. Hal ini disebabkan sewaktu itu, beberapa staff agensi Wonder Girls sedang mencari bakat yang sesuai, malangnya sebab IU rasa dirinya masih belum bersedia lagi dengan kemampuannya, dia tolak.

Woah.. tak boleh nak bayangkan bagaimana agaknya semua K-Pop idol yang dah ada sekarang debut dengan group lain. Kalau tak, mesti tidak akan ada BTS, BLACKPINK, EXO, Red Velvet, GOT7 dan lain-lain seperti yang sekarang ini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Artis Malaysia Power Main Online Game

Cara Penjagaan Rambut Supaya Sentiasa Sihat!