in ,

Dengar Lagu Boleh Kurangkan Rasa Insecure?

Sumber gambar: Pinterest.com

Aduhh, okay ke aku pakai baju warna kuning? Tudung putih kena ke dengan kulit muka aku? Tak macam striking sangat ke? Mesti nanti orang kutuk aku kalau nampak aku pakai macam ini.

Image result for insecure girls
Sumber gambar: Girlsaskguys

Girls, it’s okay to feel insecure bila berhadapan dengan ramai orang. Tapi jangan sampai ia memudaratkan diri. Perasaan insecure ini boleh jadi permasalahan yang akan buatkan kita rasa takut untuk buat something new. Antara penyebab kenapa kita rasa insecure ialah sebab…

  • Suka membandingkan diri dengan orang lain
  • Terlampau fikirkan kejadian lampau
  • Terlalu banyak tengok social media
  • Overthinking tentang perkara kecil
  • Fikirkan kata-kata negative orang lain

Tak dinafikan juga semua perasaan dekat atas ini memang ada dalam diri kita. Sebab itu kalau nak buang rasa insecure, kita sendiri yang kena bertindak. Dekat bawah LUNARIA ada list beberapa cara untuk korang atasi atau elakkan rasa insecure dalam diri sendiri.

BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIVE

Image result for positive friends meme
Sumber gambar: Buzzfeed

Dalam dunia ini ada dua jenis manusia, satu positive dan satu lagi negative. Semua orang kalau boleh nak berkawan dengan orang yang positive sebab golongan positive merupakan mereka yang ada rasa tanggungjawab dalam diri. Tak mustahil kalau kita bergaul dengan mereka, kita pun akan terikut sikap bertanggungjawab. At least kalau korang tengah rasa down, mereka akan cuba untuk support korang untuk teruskan kehidupan. Kalau rasa insecure itu datang, apa kata cuba berborak dengan mereka. Korang pun akan terikut sekali positive vibes dalam diri mereka. Dekat sekolah pun mereka akan dapat bantu kalau korang lemah dalam pelajaran. Tapi jangan pula korang langsung sisihkan golongan kawan yang bersikap negative, kawan sahaja macam biasa cuma biar ada batasan.

KURANGKAN PENGGUNAAN SOCIAL MEDIA

via GIPHY

Macam yang korang sendiri tahu, social media membawa pengaruh yang kuat dalam diri teenagers. Korang sendiri pun mudah terpengaruh dengan social media tak? Actually social media ialah salah satu penyebab insecurity dalam diri seseorang itu. Mana tidaknya, bila buka social media ramai girls and even boys yang share OOTD or selfie mereka yang cantik, handsome dan on point. Ainaa sendiri rasa insecure bila tengok benda macam itu. Bukan bermaksud insecure itu sakit hati tengok orang lagi cantik daripada kita, tapi sebab rasa kekurangan yang ada dalam diri berbanding orang lain. Just imagine kalau hari-hari scroll social media dan tengok ramai orang cantik dekat situ. One day kita sendiri akan rasa down dengan diri sendiri. Untuk penyelesaian, kurangkan guna social media, at least korang takkan membandingkan diri dengan orang lain. Dan perlu ingat, setiap orang ada nilai mereka tersendiri.

DENGAR LAGU POSITIVE

Sometimes dengan dengar lagu, kita boleh bangun daripada kekalahan, kegagalan dan kesedihan. Bukan bermaksud bergantung pada lagu dan ketepikan semua selawat atau zikir harian. Kita ambil dalam konteks lagu dulu okay. Ada juga lagu yang berkonsepkan confident dalam diri yang mana dia suruh kita sentiasa rasa yakin pada diri! Sekarang ini dah banyak lagu yang ada unsur membina dan kebangkitan. Even korang sendiri mesti setuju kalau Ainaa kata ada banyak lagu Korea yang dapat naikkan semangat seseorang? Contohnya lagu Love Yourself dan Magic Shop by BTS, Who Says by Selena Gomez dan banyak lagi sebenarnya. Buat list lagu yang liriknya memberi motivasi dalam hidup korang, mesti automatik kita sendiri akan rasa positive dalam diri. Ainaa pun kadang-kadang kalau tengah dalam masalah dan rasa down, mesti akan on playlist macam itu. Korang pun kena cuba tau!

JANGAN PEDULIKAN KATA-KATA ORANG

via GIPHY

Kita hidup bukan untuk dengar kata-kata orang lain. Let say korang seorang yang memang jenis suka pakai baju oversize. Orang lain tengok korang selekeh sebab baju besar sangat. Tapi korang rasa style itu okay je dan korang sendiri rasa cantik serta confident. Tapi disebabkan insecure dan terlampau dengar cakap orang lain, korang pun tukar style lain yang korang sendiri tak selesa. Takkan korang asyik nak dengar kata-kata orang lain je? Kadang-kadang, apa yang cantik pada orang tak cantik kepada pandangan mata kita.. cantik itu subjektif!

Again, tak salah untuk rasa insecure. Tapi jangan disebabkan perasaan insecure itu korang sampai menyendiri dan tak bergaul dengan orang lain. Jangan terlampau fikirkan perkara yang tak berkenaan dengan kehidupan korang. Okay girls? Ingat ya, sangat penting untuk kita sayangi diri sebelum menyayangi orang lain.. Jika korang rasa down, bawa diri lepak dan enjoy yourself. Korang boleh beli baucer daripada SuperDeals ini untuk treat yourself! Have fun and thanks us later! 

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Betulkah SM Town Tour Akan Ada Di Malaysia Tahun Ini?

Tips Beli Baju Bundle Untuk Broke Fashionista