in ,

Demi Rambut Panjang, Pelajar Sanggup Buat Petisyen?!

Sumber gambar: https://www.rd.com/home/cleaning-organizing/benefits-of-being-messy/

WHAT? Ada petisyen nak berambut panjang pergi sekolah? Alahai, sanggup ke boys nak ‘buat’ rambut setiap pagi?

Boys, korang tak tahu ke rambut pendek nampak lagi kemas? Dengarnya ada seorang student lelaki buat petisyen atas talian yang ditujukan khas untuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya benarkan students lelaki berambut panjang ke sekolah. Sehingga semalam, seramai 3,000 orang setuju dengan petisyen ini. Wow! Ramai betul yang setuju, hmm korang betul ke nak rambut panjang?

Since ramai sangat boys teringin nak ‘bela’ rambut panjang, harini Ainaa nak share sikit apa benda yang korang akan lalui kalau miliki rambut panjang. Benda ini dah biasa terjadi pada girls, cuma kalau untuk newbie macam korang kenalah tahu apa yang bakal korang hadapi.

RAMBUT BERMINYAK

Image result for men with oily hair
Sumber gambar

Benda paling utama  mudah terjadi bila rambut panjang ialah rambut berminyak. Punca utama kenapa rambut berminyak ialah bila korang salah guna shampu. Ingat senang ke nak cari shampu yang sesuai dengan rambut panjang? Tidak sama sekali, at least korang kena cuci rambut dua hari sekali. Lagi tambah berminyak kalau korang asyik letak minyak rambut atau pomade setiap pagi.

BUSUK

via GIPHY

Hari-hari bersukan lepas habis sekolah. Kalau tak main bola dekat padang sekolah tu, ada yang akan main takraw dekat area rumah. Sah-sah waktu itu badan berpeluh dan rambut pun akan bau busuk. Busuk peluh dekat rambut ini lain tau boys, selagi tak cuci rambut, selagi itulah bau still ada. Sanggup ke hari-hari lepas penat bersukan korang nak basuh rambut je kerjanya?

SUSAH NAK JAGA

via GIPHY

Kitorang yang girls ni pun kadang-kadang rimas dengan rambut panjang ni tau. Tak semudah yang korang imagine nak jaga rambut panjang ni. Nak kena fikir shampu apa yang sesuai, serum apa, vitamin apa yang boleh pakai untuk sihatkan lagi rambut. Haa, banyak duit nak kena keluarkan untuk maintain rambut lawa ni. Korang mesti la nak rambut cantik supaya ramai girls tergoda kan.

RIMAS

Image result for men cutting hair
Sumber gambar

Mula-mula memang la rasa seronok sebab rambut panjang, boleh show off dekat kawan-kawan. Tapi lama-lama nanti korang mesti akan rasa rimas sebab nak kena basuh selalu, nak jaga lagi. Pagi-pagi kena sikat elok-elok, letak minyak bagi lagi kemas. Bila petang dah berpeluh, mula la gatal sana sini dekat leher tu. That time mesti rasa nak potong je rambut tu.

Lepas dah baca ni semua agak-agak korang still sanggup lagi tak nak berambut panjang dekat sekolah atau luar sekolah? Ada sebab tau kenapa ada peraturan berambut pendek. At least korang akan nampak lebih kemas dan terurus. Jangan terpengaruh dengan drama yang hero tu berambut panjang sudah la ya.

What do you think?

-3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa Yang Girls Pandang Dekat Boys Di Sekolah?

Drama BTS Bakal Dikeluarkan?!