in ,

Demi MV Baru, Queen Hyuna Mandi Bunga!

Sumber gambar: hiburan.dreamers.id

Apa? HyunA mandi Bunga? Biar betul! 

Taklah! Mana ada dia mandi bunga tapi kami nak cakap tentang lagu baru dia iaitu Flower Shower. Woah akhirnya! Setelah hampir dua tahun juga, akhirnya HyunA membuat comeback semula yang telah lama ditunggu oleh peminatnya A-ing! Ada yang sudah tengok ke belum muzik video baru dia? Yang belum korang sempat lagi tonton sebab baru saja keluar pada 5 November semalam.

Sumber gambar: All Kpop

Untuk pengetahuan, ini merupakan solo pertama HyunA selepas lagu Lip and Hip yang keluar pada Disember 2017. Ini juga merupakan lagu pertama HyunA dibawah agensi P Nation yang dikelola oleh PSY iaitu penyanyi yang famous dengan lagu Gangnam Style, Gentleman dan New Face. Konsep dalam lagu Flower Shower adalah Moombahton Pop Dance yang ditulis sendiri oleh PSY. Selain itu, korang boleh nampak yang konsep ini menampakkan sisi HyunA yang comel dan sangat bertenaga. Hmm, yang seksi itu itu masih ada sebab HyunA sexy queen Korea! 

Sumber gambar: Color Coded Lyrics

Dalam video ini juga HyunA dikelilingi oleh alam semula jadi dan kalau korang dalami makna MV HyunA, sebenarnya dia nak sampaikan tentang dunia glamour dia. Beat muzik Moombahton pula sebagai keyakinan dan passion terhadap cita-cita dia yang nak jadi artis, bunga mekar pula sebagai wakil dirinya. Woah! Kemain deep ya lirik, music beat, music video dalam comeback HyunA kali ini! 

Sumber gambar: UPI

Walau bagaimanapun, Pop Queen HyunA ada juga ada explain yang walaupun bunga itu cantik dan mekar yang menggambarkan sebagai sesuatu yang baik dan ceria, dia sedar yang semuanya boleh berakhir dengan cepat bila sampai masanya. Ia ibarat pada musim panas bunga akan berkembang dengan cantik dan mekar tapi bila musim sejuk mereka akan berehat. Bunga juga memerlukan kasih sayang, perhatian dan cinta tapi kalau terlalu berlebihan benda itu pun boleh merosakkan dirinya sendiri. Jadi HyunA menggambarkan dia dan bunga itu adalah samalah kiranya. Woah! Hebat betul makna Flower Shower ini ya!

Sumber gambar: Ten Indonesia

Jadi, tunggu apa lagi semua A-ing? HyunA dah buat comeback, jom kita tengok video solo baru dia? Hmm, tapi mesti ramai juga nak dia ada lagu baru dengan boyfriend dia E’Dawn kan? Tak apa kita tunggu saja okay, mana tahu akan ada lagu baru mereka bersama lagi? Sebab dah dalam satu agensi yang sama kan? Hehe

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Abang Hot Band-Band Lokal Korang Boleh Usha!

Kerja Part Time Untuk Budak Sekolah!