in ,

Demi BTS, Bangunan Di Riyadh Bertukar Warna Ungu!

Sumber gambar: https://twitter.com/search?q=bts%20riyadh&src=recent_search_click

Dekat Jepun langit bertukar jadi warna ungu tanda amaran Taufan Hagibis. Tapi di Riyadh, bangunan dekat sana bertukar warna ungu untuk sambut kedatangan kumpulan K-Pop kegemaran ramai, BTS!

Biar betul sampai macam itu sekali orang dekat sana sambut kedatangan BTS?! Yaa girls and boys! Begitulah nampaknya cara sambutan mereka dekat sana. Lain daripada yang lain dan sangat unik. Kebanyakan bangunan-bangunan utama di kota Riyadh bertukar jadi warna ungu sebab ungu ialah ‘warna tema’ bagi ARMY yang juga merupakan tulang belakang BTS sendiri. Hebat ARMY! Sanggup betul korang semua buat macam tu demi idol tercinta..

Arab Saudi ialah negara yang majoriti penduduk dekat sana beragama Islam, tapi rasanya benda itu tak effect apa yang berlaku dekat sana pun. Tak sangka rupanya dekat Arab Saudi pun ada yang minat BTS! Satu dunia ke minat BTSgais?! Bukan itu saja ya, khabarnya BTS ialah kumpulan K-pop yang cecah jumlah streaming tertinggi dalam platform Spotify dekat sana ya.

Maksudnya dekat sini penyanyi lain pun dah kalah dengan BTS sebab mereka dah dominasi 10 lagu K-Pop paling popular dekat Arab Saudi. Daebak oppa!

Biasalah, dalam ada yang suka mesti ada juga yang tak setuju dengan tindakan ARMY yang dianggap membazir. Tapi nak buat macam mana kalau dah minat? Persembahan sulung BTS dekat Arab Saudi diadakan dekat Riyadh King Fadh International Stadium itu bukan saja dapat sambutan hangat tapi dapat ditonton secara LIVE dekat saluran Naver V Live Plus Channel.

Sebabkan siaran LIVE tu, rating channel tersebut naik setinggi 68 juta penonton dari seluruh negara yang mana lebih daripada expectation pihak penganjur sendiri sebab masa dekat Korea Selatan dan Arab Saudi beza beberapa jam.

Hmm agak-agak kalau BTS jadi buat konsert dekat Malaysia, ARMY Malaysia nak sambut macam mana? Kalau sambut dekat KLIA benda biasa, why not korang cuba something new? Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

‘Haram’ Kongsi Barang Mekap Ini Dengan Sesiapa Pun

Rambut Nipis? Ini Cara Dapat Rambut Ala TyraKmrzmn!