in ,

Demam iPhone 11 Tak Habis Lagi, iPhone SE2 Bakal Keluar

Sumber gambar; koreaboo.com

Orang ramai tengah kecoh lagi tentang iPhone 11 dengan iPhone 11 Pro Max. Tiba-tiba dengar cerita Apple nak keluarkan lagi phone baru next year.

Laju betul Apple buat kerja, satu demi satu phone canggih mereka berjaya hasilkan. ‘Demam’ iPhone 11 pun tak habis lagi, sekarang nak keluarkan phone baru pula. Kami pun masih lagi stuck dekat iPhone 6 sendal pintu, bila nak move on?!Β 

Image result for iphone se2
Sumber gambar: Blocktoro

Dengarnya dalam awal bulan Mac depan, Apple akan lancarkan iPhone SE2 yang dikatakanΒ  berharga mampu milik oleh pengguna sendiri. Korang rasa semua iPhone harga mampu milik ke tidak? Siapa pernah atau sedang pakai pakai iPhone SE? Maybe korang boleh upgrade dengan iPhone SE2 tak lama lagi. Ada juga yang kata, design phone akan lebih kurang sama..

Keluaran SE generasi kedua ini dikatakan akan menggunakan rekaan lebih kurang sama seperti iPhone 8 yang berukuran saiz 4.7 inci. Tapi apa yang mengejutkan ialah spesifikasi akan dilengkapi dengan iPhone 11 which is iPhone A13 Bionic yang akan kekalkan fungsi Touch ID.

via GIPHY

Agak-agak berapa harganya nanti? Boleh dikatakan semua keluaran baru iPhone harganya melebihi RM 2,000 dan ke atas. Barang baik yang berkualiti mesti akan dijual dengan harga mahal betul tak?

FYI, iPhone SE2 bakal dijual dengan harga USD$399 which is RM1,670 sahaja dengan storage 64GB! Wooowww, boleh tahan juga kalau nak dibandingkan dengan model iPhone yang lain.. Kalau betul ia akan dijual dengan harga tersebut, tahun depan juga sis ambil iPhone SE2! Tak dapat beli iPhone 11, iPhone SE2 pun jadilah… Ada antara korang yang berminat juga tak? Kita boleh geng!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ayat-Ayat Yang Bakal Buat Girls Jadi ‘Monsters’

The Addams Family Movie Review: Mudah Terhibur Kena Tengok!