in ,

‘Demam’ BLACKPINK Belum Reda, BLINK Kena Get Ready Sekali Lagi!

Sumber gambar: Soompi.com

Belum habis lagi dengan ‘demam’ Blackpink, takkan nak kena demam sekali lagi? Habis la macam ini kalau kena ‘demam’ sekali lagi disebabkan empat orang kakak cantik ni?!

Iya guys, nampaknya kita sekali lagi bakal dilanda ‘demam’ BLACKPINK IN YOUR AREA ya… Bulan lepas mereka baru sahaja buat comeback dengan lagu How You Like That, dengarnya tak lama lagi comeback kali kedua bakal dilakukan pula. Sehingga sekarang, viewers lagu How You Like That telah mencecah sebanyak 364 juta tontonan dekat Youtube. Betul-betul luar biasa Blackpink kasi kali ini ya, beratus juta pula tu. Lepas ini berapa pula agaknya jumlah tontonan lagu mereka yang seterusnya?

Berita tentang comeback kali kedua Blackpink bagi tahun ini telah disahkan sendiri oleh YG Entertainment dekat akaun Instagram milik mereka. Posting itu juga telah memaparkan poster rasmi berserta tarikh pelancaran album tersebut iaitu pada 2 Oktober ini. Album kali ini diberi nama sebagai ‘BLACKPINK THE ALBUM’ . So by that time korang semua dah boleh dapatkan album mereka di pasaran.

Walaupun satu dunia terpalit dengan virus Covid-19, itu tidak membuatkan Blackpink putus atas untuk menghiburkan peminat mereka. Tahun 2020 merupakan ‘tahun mereka’ kerana ia merupakan titik tolak untuk nama Blackpink terus ke persada dunia. Selepas ini mereka akan mempunyai lebih banyak lagi perancangan untuk masa hadapan. Kali terakhir Blackpink melancarkan album mereka ialah pada 2016 iaitu pada tahun mereka mula debut. Ketika itu album mereka diberi nama Square One yang mana sewaktu itu lagu Whistle dan Boombayah berjaya menjadi nombor satu hit di Korea Selatan dan berada di carta Billboard World Digital Song Sales.

New] BLACKPINK Jisoo, Rosé, Selena Gomez at Coach Fashion Show New ...
Sumber gambar: Youtube
Famous producer who worked with Ariana Grande and BLACKPINK ...
Sumber gambar: Kbizoom

BLINK begitu teruja dengan berita gembira ini kerana pelancaran album penuh ini merupakan perkara yang paling mereka nantikan. Bukan itu sahaja, ada juga khabar angin yang berkemungkinan Blackpink akan berkolaborasi bersama dengan Selena Gomez dalam salah satu single mereka yang akan datang pada bulan Ogos ini. Tapi tak terkejut la kalau berita ini menjadi kenyataan sebab sebelum ini pun Blackpink pernah bergandingan dengan penyanyi dari luar. Antaranya ialah Lady Gaga dan juga Dua Lipa. At the same time, ramai BLINKS meneka bahawa Ariana Grande bakal muncul di dalam lagu baharu mereka tetapi tidak lama kemudian, nama Selena pula naik. Hal ini membuatkan BLINK tak senang duduk dan mereka terus meneka siapa agaknya gerangan penyanyi yang bertuah itu.

Disebabkan banyak nama penyanyi lain yang naik, YG Entertainment mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan tetap merahsiakan hal tersebut sehingga single itu dikeluarkan.

Sabar dan tunggu sahaja kenyataan rasmi daripada kami…

BLACKPINK NEXT NEW SINGLE TEASER - RELASE ON AUGUST 2020 - YouTube
Sumber gambar: Youtube

Konsep untuk single baharu mereka ini agak lain daripada yang lain kerana menggunakan konsep ala-ala vintage tahun 80-an. Memperlihatkan Jennie, Jisoo dan Lisa tampil dengan imej rambut berwarna gelap dan Rose pula masih dengan rambut blondenya. Pakaian yang mereka gayakan juga menunjukkan gaya klasik. Tak sabar pula rasanya nak tunggu bulan Ogos ini. Agak-agak lagu baharu ini dapat lawan dengan lagu mereka yang sebelum ini tak? Biasanya kalau lagu Blackpink ini, mana ada yang tak hit. Semua lagu mereka pasti akan menjadi kegemaran ramai, even lagu yang sebelum ini pun masih menjadi sebutan lagi.

Apa pun, kita tunggu sahaja single dan album Blackpink ini ya. Paling penting sekali ialah, siapa agaknya penyanyi misteri itu?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Ramai Gigih Dress Up Demi ‘Fake Picnic’ Photoshoot

Cara Mudah Tak Nak Stokin Sekolah Hilang Waktu Cuci