in ,

Deksokrao Cuba ‘Lawan’ MV Kill This Love

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=Ipntv6LsHUA

Let’s kill this love!
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
Rum, pum, pum, pum, pum, pum, pum
Let’s kill this love!

Fuhhh berhantu betul lagu Kill This Love nyanyian kumpulan hot BLACKPINK ni ya! Baru dengar muzik pun dah boleh buat kita rasa nak menari.

Dah tiga bulan dilancarkan dekat semua platform media dan Youtube, lagu Kill This Love dah mencapai sebanyak 485 juta kali tontonan! Wowww, BUKAN BESHE BESHE ni fenomena BLACKPINK lepas lagu DDU-DU DDU-DU ni. Sebab tu la kot ada sekumpulan adik kecil dari Thailand yang obses denga diorang sampai sanggup buat cover lagu BLACKPINK!

Bukan setakat cover untuk lagu Kill This Love, tapi kumpulan yang dikenali sebagai Deksokrao ni sememangnya memiliki lagu dan lenggok tarian empat gadis manis dalam kumpulan BLACKPINK tu. Apa yang bestnya, Deksokrao ni hanya gunakan props yang ada dekat kawasa kampung tu je, tak perlu keluarkan kos yang banyak pun.

Masing-masing taknak kalah dengan props dan gaya tarian, semua onz terox! Before this empat orang kanak-kanak perempuan ni memang buat video cover BLACKPINK pun. Selain BLACKPINK, diorang pun ada juga buat video remake kumpulan K-Idol yang lain.

Ramai netizen suka semua video yang diorang buat sampai minta buat banyak-banyak sebab semuanya lit terox! Siapa yang tengok video diorang ni confirm nak tengok semua video yang ada sebab memang cute dan menjadi sangat.

Korang dah tengok ke belum video diorang ni? Ainaa sendiri tak mampu nak buat macam yang diorang buat tu. Apa pun, tahniah sebab effort tu sangat bagus! #Lunagirls nak tak join kitorang buat MV lagu KPOP? Hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jerawat Punya Hal, Kacang Yang Dipersalahkan ๐Ÿฅ”

Ini Sebab Kenapa Billie Eilish Prefer Fesyen Baggy๐Ÿ‘• ๐Ÿ‘–