in ,

Dekorasi Bilik Tidur Boho Style Untuk Girls

Sumber gambar: youtube.com/lovisambjΓΆrnsson

Nak ada sebuah bilik sendiri yang cantik, kemas dan bersih memang impian semua orang sebab mestilah setiap kali balik rumah kita nak berehat dan bersantai dalam keadaan yang 100% selesa, betul tak? Jadi, kalau korang tengok sekarang ini memang ada banyak sangat idea dekorasi bilik yang memang menarik dan salah satunya adalah boho style yang nampak sesuai untuk kita yang remaja suka ambil gambar sana-sini. Jadi untuk korang yang suka boho style, ini antara yang korang perlu buat untuk dapatkan bilik impian korang!

TAPESTRY

Sumber gambar: pinterest

Untuk bilik stail boho, korang perlu ada tapestry untuk dijadikan sebagai cadar atau untuk hiasan siling atas atau dinding bilik korang. Sekarang ini, harga tapestry lebih murah jika nak dibandingkan dengan harga pada awal-awal ia jadi trend dulu. Jadi cukup dengan dua helai tapestry korang boleh lah letak di bahagian yang sesuai dengan sudut bilik korang.

VINTAGE SCREEN

Sumber gambar: pinterest

Selain dari itu, pastikan pandangan setiap sudut bilik korang akan nampak lebih vintage dengan barang-barang dari kayu antik, rotan dan sebagainya. Sebab ini pun memainkan peranan penting untuk nampakkan stail boho dalam bilik korang.

DINDING CERAH

Sumber gambar: pinterest

Kalau dinding di bilik korang memang sudah sedia kala warna cerah, korang memang beruntung. Antara warna cerah yang sesuai untuk bilik boho style adalah putih, cream, kuning, dan banyak lagi, asalkan ia warna yang terang dan sesuai sebab ia akan lebih mudah masuk dengan tona warna perabot vintage korang dan juga tapestry.

HIASAN & LAMPU

Sumber gambar: pinterest

Selain dari itu, hiasan seperti dream catcher kit, tumbuhan mini yang comel, lukisan, lampu bebola dan sebagainya pun memainkan peranan yang sangat penting untuk hidupkan suasana bilik boho style korang. Bila semuanya sudah lengkap, mesti korang akan rasa tenang sangat nak baring, tonton Netflix dan tidur.

Siapa kata boho style ini ketinggalan zaman? Dekorasi sama ada yang sudah lapuk atau tidak itu tergantung pada pandangan masing-masing juga lah kan? Asalkan bilik kita nampak kemas dan bersih di mata kita dan orang lain pun sudah memadai, setuju tak? Mungkin ada yang selesa dengan bilik minimalis dan mungkin juga ada yang kalau boleh bilik dia mesti ada koleksi artis kegemaran dan sebagainya. Jadi, tergantung diri korang, asalkan korang seronok dan rasa tenang saja bila dalam bilik. Hehe!Β 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

WINNER Lancar Album Ketiga Tanpa Jinu Di Sisi

Apa Yang Lelaki Suka Pada Diri Seorang Perempuan?