in ,

Dalgona Bukan Kopi Tapi Ia Sebenarnya Gula-Gula!

Sumber gambar: www.maangchi.com

Generasi sekarang, ramai di antara kita yang suka makan, minum dan cuba banyak sangat benda baru, lebih lagi jika ianya viral. Sebut sahaja dalgona coffee, ramai dah cuba try test air sebab baru-baru ini viral di media sosial. Semuanya penangan kuasa Tiktok! Minuman asal Korea Selatan ini terus meletup di seluruh dunia dan menjadi kegemaran sesetengah orang, betul tak? Akan tetapi, tidak ramai antara korang yang tahu sebenarnya dalgona ini asalnya bukanlah air kopi tetapi ia adalah adunan gula yang dikacau sehingga kembang dan dibiarkan sampai keras sehinggalah ia jadi seperti gula-gula! Ha! Mesti ramai yang tak tahu! Meh sini kami cerita lagi dengan korang!

Sumber gambar: mainmainid

Untuk pengetahuan korang, dalgona ini sudah popular di Korea sejak tahun 1950-an sehingga tahun 70-an ke 80-an yang mana namanya dulu adalah ppogi. Gula-gula itu selalu diberikan kepada kanak-kanak setempat pada waktu itu oleh tentera di zamanΒ perang Korea pada tahun 1950-an. Ini disebabkan dulu, warga Korea memang tak mampu nak beli gula-gula sebab mahal. Jadi disebabkan hal itu, mereka pun cipta gula-gula dalgona dan selalu laris habis dijual sebab harganya murah.

Sumber gambar: candi4d

Bukan setakat itu sahaja, gula-gula dalgona juga menjadi kegemaran orang ramai sama seperti dalgona coffee sekarang ini cuma dalgona coffee adalah hasil yang telah dimodifikasi kepada resepi yang lebih moden. Sama seperti resepi dalgona yang lain, bahan-bahan nak buat gula-gula dalgona itu pun mudah sangat sebab korang perlukan gula, air dan sedikit baking soda. Korang boleh kacau adunan tersebut sehingga kembang dan kental gebu dan korang letak di atas kuali leper dan tekan macam korang cop-cop kertas sambil korang tunggu ia masak. Korang boleh cucuk lidi dan ia akan jadi ala gula-gula lolipop yang boleh korang nikmati pada bila-bila masa sahaja.

Kiranya, gula-gula dalgona ini ibarat gula-gula nostalgia untuk warga Korea. Contohnya macam kita, gula-gula arnab tetapi bagi mereka adalah dalgona. Woah! Memang menarik sangat! Bila dapat tahu yang sebenarnya dalgona yang sebenar adalah gula-gula. Tapi sekarang gula-gula ini sudah tidak dijual bermula sekitar tahun 80-an dan kalau ada yang jual pun adalah di kawasan taman sahaja. Ini sebab katanya, kualiti gula-gula ini semakin tidak bersih.

Selain dari itu, nama lain dalgona ini juga dikenali sebagai honeycomb candy, sponge toffee atau cinder toffee sebab tekstur dalgona ini ada buih yang lubang udara meyerupai sarang tebuan. Ha! Lepas ini bolehlah korang cuba buat sendiri! Sebab bukan semua orang suka minum dalgona coffee jadi kita makan gula-gula dalgona, betul tak?

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Drama Korea Yang Bakal Buat Kita Mengimbau Kenangan Sekolah

Asyik Tengok K-Drama, Jom Usha Drama Thai Pula