in , ,

Dah Ready Masuk College, Girls?

Sumber Gambar: https://paintmyworldblog.wordpress.com

Hai #Lunagirls, ha! Sebelum mula Ummi nak ucapkan tahniah kepada semua yang telah mengambil keputusan STPM dan SPM pada minggu lepas. Walau apa pun result korang, you girls did good! Eh! Lepas tamat persekolahan ini, korang mesti ada yang bercadang nak sambung belajar ke universiti kan, dah ready ke tu? Jangan takut tau! Jom Ummi tolong korang untuk bersedia hadapi beberapa perkara ni.

LEBIH BERDIKARI

via GIPHY

Korang boleh belajar berdikari dari sekarang tau, girls! Mungkin korang boleh start dengan kemas bilik dan basuh baju sendiri. Dari situ korang akan belajar benda baru tanpa pertolongan kedua ibubapa, barulah boleh berjaya dan jadi seseorang yang lebih matang. You go, girls!

JAGA KEWANGAN

Sumber Gambar: http://www.utusan.com.my

Bila belajar kita akan dapat allowance, bukan je dari ibubapa kita, tapi mungkin dari PTPTN, Mara dan sebagainya. Jadi bila dapat itu, janganlah macam kera dapat bunga, enjoy sana sini tau? Sentiasa buat savings untuk kegunaan di masa susah, jangan awal-awal sem keluar iPhone dan akhir sem makan maggie pulak.

JAUH DARI KAWAN

via GIPHY

Inilah benda paling sakit sekali, sebab kita akan terpisah dengan kawan-kawan sekolah. Tapi, kalau bernasib baik, mungkin boleh pergi satu universiti yang sama. YAY! Tak ada rugi pun sebenarnya sebab korang akan mengenali lebih ramai orang, dari lain-lain negeri dan mempunyai pelbagai budaya juga loghat. Baru best!

CIKGU DAN PENSYARAH BERBEZA

Sumber Gambar; https://www.studentbrands.co.za

Melangkah ke alam universiti ini, korang akan berdepan dengan cara pembelajaran yang berbeza tau, girls. Korang tak payah dah angkat tangan untuk pergi ke toilet, schedule study pulak kena buat sendiri, tak ada cikgu nak buatkan dah. But take note, pastikan setiap kali ada kelas, korang kena sampai on time tau. Kalau tak, korang boleh kena bar sampai tak boleh amik final exam nanti!

BIASAKAN DIRI DENGAN ASSIGNMENT

via GIPHY

Hmm! Assignment ini lebih berat dari kerja sekolah tau. Korang akan ada deadline untuk submit assignment tapi kalau dah sekali korang terlepas deadline itu, habislah korang boleh kena potong markah! Sebab tu dah tak boleh main-main lagi dah tau.

Sebenarnya tak perlu takut pun, girls. Korang patut excited sebab ini satu fasa baru untuk korang belajar menjadi orang dewasa. Mula-mula itu maybe awkward sikit, tapi bila dah lama-lama, korang mesti takkan perasan yang time flies so fast. Good luck dan enjoy uni/college life! 🙂

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Phone Casing Keras, Laku Keras!

Senarai Bahan Kimia Bahaya Untuk Manusia!