in ,

Dah Nak Raya Pun Jadi Benda Seram Juga?!

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=n4WtiazK6HY

Sebulan berpuasa kini tiba Hari Raya… Punya la excited nak sambut Hari Raya sampai semua benda kita dah prepare awal-awal. Tapi, dalam kemeriahan dan semangat nak raya tu, rupanya berlaku beberapa kejadian seram yang sebolehnya korang nak elak bila tiba pagi raya. Tengok sikit apa kejadian seram yang mungkin korang akan alami pada Hari Raya ni…

TERDUDUK ATAS TUDUNG

Sumber gambar: https://twitter.com/_gadisjanuary/status/709926810423730176

Kita punya la teliti iron tudung sampai taknak bagi berkedut, sekali ada pula sepupu pergi duduk atas tudung korang dengan rasa gembiranya… Boleh buat gaduh ya kalau ada orang terduduk atas tudung kita. Confirm siapa yang duduk atas tudung tu akan kena kejar satu kampung. Better letak tudung dekat tempat yang selamat supaya tak berlaku kejadian kejar-mengejar di pagi raya.

BAJU RAYA KOYAK

Sumber gambar: http://maspionplastic.com/6-keselahan-yang-sering-dilakukan-saat-menyetrika/

Wowwww kita letak 3000% kepercayaan pada adik untuk iron baju raya sebab sibuk tolong masak dekat dapur… Tapi sayang, baju raya korang dah selamat berlubang sebab iron terlampau panas sangat. Punya la sakit hati, baru berangan nak pakai baju vogue pagi raya, sekali dah berlubang pula. Ni bukan tahap seram dah, boleh masuk kategori ‘menempah maut’ ya.

KASUT RAYA TERTINGGAL

Sumber gambar: https://www.aliexpress.com/item/Suede-Leather-Girl-s-Sandals-5-8cm-Navy-Female-High-Heels-Shoes-Woman-Khaki-Sandals-Ankle/32814754958.html

Make up, DONE! Baju, ONZ! Tudung, ON POINT! Sekali nak keluar rumah… Baru perasan tak bawa kasut raya! Ya ampun ‘sisthor’, mana nak cari kasut baru pagi raya tu? Takkan nak kena pakai sandal biasa atau selipar je. Sebab tu la dah cakap, kena check barang elok-elok before balik kampung. Now memang kena pakai kasut biasa je la ya girls.

BAJU RAYA TAK MUAT

Sumber gambar: https://twitter.com/amirul_y00/status/1007901875960610816

Bulan puasa sepatutnya masa yang sesuai untuk kita turunkan berat badan. Tapi sayang seribu kali sayang, berat badan korang naik sampai 5kg sepanjang bulan Ramadhan! Sampai nak zip kain pun tak lepas, habis koyak kain raya tu. Dah tak sama tema baju raya dengan family yang lain. Tu la, waktu berbuka korang makan banyak sangat sampai lupa diri. Bertabah la ya…

Ainaa harap sangat kejadian seram ni tak jadi dekat diri sendiri dan diri korang juga. Boleh rosak mood pagi raya kalau kena hadap benda macam ni.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Stuck Dalam Trafik? Cuba Buat Ni..

Pagi Raya Dah Berpeluh? Ikut Cara Ni…