in ,

Dah Expired Pun Boleh Makan Lagi?

Sumber gambar: Tumblr.com

via GIPHY

Makan makanan fresh mesti sedap kan? Sebab kita boleh nikmati nutrisi yang segar! But sometimes kita mesti terlupa dan tak perasan yang ada antara makanan tu dah sampai tarikh luput.. Oh no! #Lunagirls nak tahu tak sebenarnya, kalau ada makanan yang dah expired, kita still boleh makan lagi dalam masa tertentu tau! Antaranya ialah…

MENTEGA

via GIPHY

Bila sampai mood rajin nak baking mesti mentega antara bahan yang kita akan cari! But what if mood tu tiba-tiba hilang and kita pun lupa nak simpan mentega tu dalam peti ais sampailah dah expired. Opss! Jangan risau sebab kita still boleh makan lagi but make sure tak kulat atau berbau okay?

TELUR

via GIPHY

Ada orang suka simpan telur dalam peti ais dan ada juga yang simpan dekat dapur je.. Sebenarnya, telur boleh tahan dalam 5 minggu dengan suhu bilik dan lebih lama kalau simpan dalam peti ais.. So Sebelum nak buang, cuba buat eksperimen masukkan telur dalam air dulu. Kalau telur tu timbul, maksudnya memang confirm kena buang terus la. Hehe!

ROTI

via GIPHY

Siapa selalu kalau roti tu dah expired, terus campak dalam tong sampah. Haa! Actually sehari dua selepas tarikh expired tu, kita boleh je makan roti tu lagi. Kalau ada kulat barulah buang, okay girls! Tapi ada juga yang simpan dalam peti ais untuk lambatkan tempoh roti tu rosak. Korang pernah buat macam tu tak?

DAGING BEKU

via GIPHY

Mak korang mesti suka simpan daging dalam peti lama-lama kan. Hehe! Selagi daging tu sejuk beku dan tak berbau even dah dekat setahun simpan, ia still selamat untuk di makan. Tapi kalau dah keluarkan lepas tu terus ada bau busuk, buang dan ajak pergi beli daging baru tau..

KEREPEK

via GIPHY

Wow! sedapnya kerepek buat kudap-kudap sambil tengok TV hujung minggu ni… Boleh je makan kerepek selepas dua atau lima minggu lepas tarikh luput tapi kena make sure tak lemau dan rasa still sama! Kalau dah masuk angin mesti rasa pun jadi lain so maksudnya korang kena beli kerepek baru lah. Hehe!

via GIPHY

Sebenarnya ada banyak lagi makanan yang korang boleh makan walaupun dah sampai tarikh luput.. Tapi sebaiknya kita habiskan before expired, tak ada lah membazir nanti! Hihi! Yang penting kalau nak beli barang make sure untuk semak dulu tarikh luput tu okay!!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Tudung On Point? Kenali Bentuk Muka Dulu…

Jom #Lunagirls Cuba 5 Trick WhatsApp!