in ,

Dah Boleh Tengok IG Live Dan Reply DM Dekat Desktop!

Sumber gambar: techcrunch.com

Leceh la, nak reply DM IG kena buka phone. Nak tengok IG LIVE pun kena dekat phone juga, tak boleh ke tengok dekat laptop atau desktop je?

Siapa cakap tak boleh? Ha, sekarang ni korang dah boleh tengok IG LIVE dan reply semua DM IG hanya dengan menggunakan laptop atau desktop sahaja. Lepas ni phone dah boleh letak tepi kalau korang jenis yang sambil buat kerja sambil nak layan IG.

Sumber gambar: Instagram @ainaa_lunaria

Tak tahu sama ada korang perasan atau tidak update terbaru ni tapi Ainaa sendiri dah lama perasan dan update ni memang sangat berguna dan best! Iya la, sebelum ni kalau sambil layan laptop mesti nak buka IG, so mesti la akan buka dekat phone kan? Dapat pula waktu tu phone tengah charge, macam mana nak main phon sambil scroll IG?

Baru-baru ni Ainaa tengok IG LIVE dekat laptop dan kualitinya pun sama juga dengan tengok dekat phone. Tapi bergantung juga pada connection WiFi dekat laptop tu la, kalau line pun slow memang tak dapat nak tolong la ya. Korang boleh pilih IG LIVE siapa yang korang nak tengok, termasuk la boleh juga baca komen daripada penonton.

Sumber gambar: Instagram @ainaa_lunaria

Bagi DM di IG pula, korang akan nampak button pesawat kertas sama macam dekat phone tu dan klik je. Ia akana direct pergi ke ruangan DM korang. Feature DM tu kalau dilihat lebih kurang macam Messenger dekat FB. Maklum la, pemilik FB dan IG kan orang yang sama, jadi tak terkejut la kalau mereka ada feature yang lebih kurang sama.

Apa yang Ainaa suka pada DM IG di desktopΒ ini ialah rasa lebih puas sikit sebab boleh tengok secara besar dan luas. Tapi still tengok dekat phone lagi puas hati sebab phone tu boleh bawak ke mana-mana, laptop tu kena duduk satu tempat je. Mana boleh nak scroll IG pakai desktop sambil baring kot?

Sumber gambar: Instagram @ainaa_lunaria

Apa pun bagi pendapat Ainaa, update terbaru ni memang berguna. Boleh jadi ada certain orang lebih suka scroll IG dekat desktopΒ atau laptop berbanding phone. Tapi bagi orang yang macam Ainaa ni, dua-dua pun boleh tak ada masalah. Guna phone boleh, guna laptop pun boleh, ikut kesesuaian dan mengikut pada keadaan.

Sumber gambar: Instagram @ainaa_lunaria

Kalau korang sendiri, korang suka yang main IG dekat phone atau desktop? Masing-masing mesti ada pilihan sendiri kan? Itu terpulang pada korang sendiri. Mungkin ada yang tak kisah tentang update ni dan mungkin juga ada yang sangat excited dan happy bila dapat tahu Instagram dah update feature ni dekat desktop atau laptop.

Agak-agak apa update seterusnya yang akan Instagram buat ya lepas ni? Cuba korang bayangkan kalau lepas ni dekat IG dah boleh ambil gambar guna filter pakai webcam? Agak-agak okay atau tidak hasil gambar tu? Atau pun gambar jadi tak cantik sebab jadi pecah-pecah? Atau korang ada cadangan lain atau berharap sangat supaya Instagram buat update terbaru yang lain? Cuba komen sikit update apa yang korang nak? Mana tahu lepas ni Instagram akan update benda yang korang nak ke kan?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cakap Lain, Maksud Lain, Jom Cuba Fahami Girl Language!

GOT7 Catat Album Terlaris Minggu Pertama Pelancaran!