in ,

Dah Boleh Rentas Negeri, Jom Balik Kampung!

Sumber gambar: Instgram @Ainaa_lunaria

Dah boleh balik kampung! Seronoknya tak sabar nak jumpa atuk dengan nenek dekat kampung. Nak kena packing cepat-cepat.

Yeayyy dah boleh balik kampung! Seronoknya rasa… Ainaa pun dah get ready nak balik kampung, baju semua dah prepare. Lama tak balik kampung since PKPBΒ so sekarang dah boleh balik, memang cuti panjang nampaknya. Walaupun kita dah dibenarkan untuk rentas negeri dan balik kampung, tetapi peraturan masih perlu diikut. Jom check it out supaya korang tak terlupa SOP yang telah disediakan.

BOLEH SINGGAH R&R TAPI…

R&R | Careta
Sumber gambar: Cetera

Sebelum ni R&R telah ditutup dan tiada perniagaan dibenarkan dijalankan dekat sana. Kalau nak singgah R&R kita hanya boleh singgah untuk ke tandas dan kalau nak berehat perlu berada di dalam kereta masing-masing sahaja. Tetapi kini kalau korang nak singgah untuk makan, menunaikan solat atau berehat sudah dibenarkan. At the same time, masih ada SOP yang ditetapkan iaitu penjarakan sosial. Kalau korang nak singgah menunaikan solat, make sure bawa sendiri sejadah dan telekung sendiri supaya dijamin kebersihan. Cuma jangan sampai korang langgar arahan PKPP ya.

MASIH TIADA MAJLIS BERKUMPUL

Wajibkah hadir majlis perkahwinan jika sudah terima jemputan ...
Sumber gambar: Wedpedia

Excited nak balik kampung sampai buat majlis kesyukuran… No no no, kita masih tidak dibenarkan mengadakan sebarang majlis kenduri kendara ya. Make sure tak ada saudara mara korang yang mengadakan majlis berkumpul, kalau ada juga korang kena ingatkan mereka supaya tidak berbuat demikian. Walaupun kita sudah di fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, tetapi peraturan tetap peraturan, jangan nak bersuka ria sampai langgar peraturan okay. Minta mereka tangguh sehingga kerajaan membenarkan kita untuk berbuat demikian.

BOLEH SAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Tak dapat nak sambutan Hari Raya Aidilfitri tak mengapa, sebab kita telah diberi kebenaran untuk meraikan Aidiladha di kampung masing-masing. Ini yang paling best sebab dapat berkumpul dengan family kita dekat kampung. Cuma macam biasa la, jangan berlebih-lebihan bila beraya tu. At the same time kita juga dibenarkan untuk melakukan ibadah korban so boleh la sembelih lembu! Get ready juga untuk merasai jalan jem macam waktu balik raya. Maklum la semua tak dapat balik raya haritu, sebab tu Raya Aidiladha ni ramai akan pulang ke kampung.

BOLEH AJAK FAMILY BERCUTI

Sumber gambar: Instgram @Ainaa_lunaria

Disebabkan ekonomi negara sekarang semakin membimbangkan, pihak kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan kita untuk melakukan aktiviti pelancongan domestik negara sepanjang tempoh PKPP. Namun tetapi pintu sempadan masih lagi ditutup untuk pelancong luar negara. Why not kita majukan ekonomi pelancongan negara. At the same time membantu untuk memulihkan semula ekonomi negara, at least kita ada la menyumbang sesuatu untuk negara kan. Walaupun bercuti, jangan lupa untuk tetap pakai mask, sentiasa basuh tangan dan lakukan penjarakan sosial.

Make sure waktu nak balik tu, check sekeliling rumah supaya rumah sudah berkunci dan jangan lupa inform jiran tetangga tentang ketiadaan korang dekat rumah ya. Boleh la juga mereka tengok-tengokkan rumah korang tu. Bila dah balik kampung tu, jangan lupa juga untuk pulang ke rumah sendiri. Maklum la, sekolah kan bakal dibuka tak lama lagi… Selamat bercuti semua!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Park Seo Jun Kongsi Kegembiraan Di YouTube

Sebelum Mula Sekolah 24 Jun, Ini Korang Kena Tahu