in ,

Dah Boleh Keluar Waktu PKPB, Jangan Lupa Perkara Ini!

Sumber gambar: i-d.vice.com

Mesti ramai yang sudah tahu bukan tentang arahan kuarantin yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini yang PKPB sudah mula dilonggarkan sedikit untuk semua rakyat yang tinggal di negara ini. Walaupun korang dah boleh keluar dan bersosial di luar rumah dengan bebas ketika ini, masih ada lagi beberapa hal yang korang tidak boleh lupa dan wajib sentiasa ingat. Ada beberapa yang mungkin akan dipandang ringan tetapi ini antara beberapa perkara yang korang masih wajib jaga semasa tempoh PKPB.

JAGA JARAK SOSIAL

via GIPHY

Wajib jaga jarak satu meter dengan orang lain apabila korang berada di luar rumah. Seperti yang kita tahu, kedai makan sudah mula dibuka seperti biasa dan kalau di situ, korang wajib berada jauh sekurangnya dua meter dan hanya boleh berada dalam kumpulan kecil sahaja. Nak bersenam pun, korang perlu jaga jarak tau dan pastikan diri korang pakai mask!

DILARANG ADAKAN MAJLIS

via GIPHY

Ha! Kan dah nak raya. Korang jangan salah faham pula bila PM kita dah bagi green light untuk kunjung mengunjungi saudara. Jadi, memang tak boleh ada open house tau. Selain itu, majlis yang melibatkan ramai orang seperti solat jemaah di masjid pun korang perlu patuh pada arahan dengan jaga jarak. Majlis dan acara seperti kenduri, seminar dan lain-lain pun masih belum boleh dijalankan seperti sedia kala.

JAGA KEBERSIHAN

via GIPHY

Paling wajib untuk korang semua yang sedang baca ini buat. Sila jaga kebersihan korang tau! Jangan lupa sentiasa cuci tangan menggunakan sabun, pakai hand sanitizers, sentiasa pakai mask bila di kawasan publik, balik rumah terus mandi dan sebagainya. Korang kena ingat, selagi vaksin Covid 19 ini tak ada, selagi itu kita semua wajib jaga kebersihan dan patuh pada arahan okay. Hehe.

TAK BOLEH BALIK KAMPUNG

via GIPHY

Jika tiada kepentingan, korang duduk sahaja dan bersabar lah sedikit ya sebab tak boleh balik kampung jauh nun disana. Kan sekarang ini kita semua dah boleh video call, jadi bagi korang yang tak sempat dan tak boleh nak balik kampung itu. Korang kerapkan lah diri untuk telefon dan video call saudara mara yang ada di kampung itu. Nanti bila keadaan sudah pulih seperti sedia kala, korang balik lah kampung itu sepuasnya ya!Β 

KAWALAN AKTIVITI LUAR

via GIPHY

Ini khas untuk korang yang perlu keluar rumah. Korang perlu kawal korang punya pergerakan semasa berada di luar contohnya seperti joging, beli barang keperluan, ada yang berkerja dan lain-lain. Bila keluar itu pastikan korang ikut semua nasihat yang kami dah nyatakan sebelum ini. Kalau kita semu berdisiplin, mesti lama kelamaan tempoh kuarantin ini akan berakhir tak lama lagi.

Senang sahaja kan sebenarnya untuk korang patuh dengan arahan PKPB kali ini? Apa pun korang kena bangga tau sebagai rakyat Malaysia sebab negara kita ini antara yang terbaik dalam mengawal masalah Covid 19 daripada merebak kepada ramai orang. Memang tabik spring pada semua pihak termasuk diri korang sendiri sebab kita semua adalah individu yang paling berdisiplin. Apa kata, sambil patuh pada arahan PKPB ini, kita semua doa dan harap tempoh kuarantin akan selesai cepat dan vaksin Covid 19 akan dijumpai dengan pantas supaya lebih ramai orang yang boleh dirawat, setuju tak? Huhu.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Elakkan Buat Perkara Ini Jika Perut Dah Kenyang

Antara Sebab Korang Tidak Layak Dapat Duit Raya