in ,

Dah 2019, Still Tak Tahu Tentang Apps Ni? #Noob

via GIPHY

Setiap tahun mesti ada je apps baru yang diperkenalkan!  Tak kisah la Apps game baru, Apps editing video atau gambar, even Apps for social media pun banyak diperkenalkan sekarang. Kadang Ainaa pun lost sekejap tak tahu nak download apps apa.. Haha! Harini Ainaa nak kongsikan senarai aplikasi favorite teenagers! Agak-agak korang ada apps yang sama dalam list tak?

SNOW

Sumber gambar: brandchannel

Apps Snow ni ada banyak filters and stickers menarik untuk kita cuba! Sebab tu ia dipanggil sebagai Beauty & Makeup Camera sebab korang boleh edit filter untuk bagi nampak muka kita flawless.. Paling menarik sekali, setiap filter yang disediakan tu buat korang nampak macam awek K-Pop! Psst, Tee LUNARIA sangat suka apps ni!  Hehe!

NETFLIX

Sumber gambar: Top Apps Like

Siapa yang belum pernah layan Netflix? Korang rugi tau.. Netflix ada macam-macam English drama, Korean drama, filem dan TV series yang menarik! Selain layan Netflix dekat phone, korang pun boleh tengok dekat laptop, tablet atau smart TV! For those yang tak pernah subscribe Netflix, korang boleh guna free trial untuk permulaan.. Tapi kalau rasa dah ‘obses’ dengan semua siri dan drama tu, boleh langgan setiap bulan! Hihi!

TIK TOK

Sumber gambar: scmp.com

Tak perlu lagi nak explain tentang aplikasi TikTok ni.. Sebab Ainaa rasa ramai mesti dah tahu cara guna TikTok ni especially for girls.. Hehe! #Lunagirls selalu main TikTok juga tak? Kalau korang seorang yang kreatif, macam-macam gaya unik boleh buat dan silap hari bulan ada pihak TikTok bayar korang buat video untuk mereka! Boleh buat side income! Hihi!

FOOD PANDA ATAU GRAB FOOD

SUmber gambar: Google Play

Lapar tapi malas nak keluar beli makanan? Jangan risau, kita ada apps Food Panda dan Grab Food untuk korang yang selalu kelaparan waktu malam! Ada banyak senarai kedai makan untuk korang pilih bagi memenuhkan perut yang kosong tu.. Make sure korang selalu alert dengan sebarang promotion or offer! 

Jadi macam mana girls? Dalam senarai apps dekat atas ni, ada tak yang jadi faviorite korang? Tapi kalau #Lunagirls sendiri ada apps pilihan yang lain, meh kongsikan dengan Ainaa! Nak tahu juga apa apps yang korang selalu guna.. Ainaa tak nak ketinggalan! Hihi!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Muka Licin Macam Cermin Please!

Makan Mee Segera Secara Sihat? Serious Legit!