in ,

Daebak BTS ARMY! Dynamite Raih 101.1 Juta Tontonan Dalam 24 Jam!

Sumber gambar: twitter.com/bts_bighit

Memang bukan lagi khabar asing untuk para peminat BTS iaitu ARMY sebab mesti ramai di antara korang peminat sejati BTS dah dengar lagu baru BTS Dynamite, betul tak? Jadi, apa pendapat korang? Best ke tidak lagu Dynamite yang konsep ala-ala back to zaman old school dulu? Hehe! Apa yang best untuk comeback BTS kali ini, Dynamite merupakan salah satu lagu BTS yang menggunakan bahasa Inggeris dari awal sehingga akhir. Woah! Lebih bertambah mudahlah untuk korang hafal lagu BTS selepas ini kan?

Sumber gambar: bts_bighit

Untuk pengetahuan korang, baru sahaja dalam masa 24 jam, lagu Dynamite yang dibawakan oleh BTS pada 21 Ogos lalu telah meraih sebanyak 101.1 juta tonton di Youtube. Jumlah tontonan ini telah diumumkan rasmi oleh pihak Youtube dan agensi BTS sendiri iaitu Big Hit Entertainment. Woah! Kalau tengok hari itu, ramai BTS ARMY yang menyangka tontonan Dynamite dibawah 100 juta sahaja tapi dengan khabar rasmi itu, apa lagi ARMY? Mesti seronok habis korangkan? Tak sia-sia usaha korang stream kaw-kaw! Hehe! Dan setakat ini, jumlah tontonan dah capai 174 juta lebih setakat ini tau! Woah! 

Sumber gambar: bts_bighit

Dynamite adalah sebuah lagu yang menceritakan tentang kebahagiaan walaupun hidup kita kadang-kadang ada likunya. Seperti yang dikatakan oleh setiap anggota BTS sendiri, mereka berharap para pendengar akan sentiasa positif dalam hidup dan enjoy dengan setiap melodi Dynamite. Iyalah, memang sesuai sangat dengan keadaan dunia sekarang ini yang masih lagi belum pulih sepenuhnya daripada wabak Covid 19, betul tak? 

 

View this post on Instagram

 

⠀ #BTS #방탄소년단 #BTS_Dynamite Group Teaser Photo 1

A post shared by BTS official (@bts.bighitofficial) on

Bukan setakat itu saja, korang juga boleh join #DynamiteChallenge di TikTok tau! Sebab tariannya pun memang sangat mudah untuk sesiapa sahaja menari dan lagu Dynamite pun memang layan habis! Dan bukan setakat itu sahaja, malah korang pun boleh dengar Dynamite versi Acoustic Remix dan EDM Remix tau sebab baru sahaja dilancarkan pada 24 Ogos. Untuk ARMY pula, mesti korang tak sabar untuk full album dan konsert Maps Of The Soul ON:E yang akan keluar Oktober nanti kan? Apa pun kita nantika saja pengumuman dari BTS dan Big Hit sendiri okay! 

Jadi, apa perasaan korang BTS ARMY? Mesti korang seronok sangat dengan semua content yang BTS dah beri pada korang ini kan! Bukan setakat lagu baru, malah program terbaru In The SOOP iaitu reality show dimana BTS pergi bercuti in the jungle pun mereka siapkan untuk ARMY tersayang sebagai ganti untuk konsert yang tidak dapat dijalankan pada tahun ini disebabkan wabak Covid 19. Cuba komen sikit, siapa bias korang dalam BTS! Sebab kami pun nak tahu juga! Hehe! 

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Benar Lagu Baru Haqiem Rusli, Adlina Marie

Pasangan Selebriti Dulu Paling Sweet, Sekarang Hanya Sekadar EX