in , ,

Cuti VS Study Mana Lagi Penting?

Alahhh, bila dah cuti ni malas betul la nak study! Perlu ke study time tengah cuti ni?

Jawapannya perlu! Jangan la anggap bila cuti tu, study pun kena cuti. Korang still kena hadap buku juga. Buat sedap hati, bawa je buku study tu pergi holiday sekali sebab kalau korang tak study, benda ni yang akan jadi nanti…

KELAM KABUT

Cuti seminggu tapi sehari pun korang tak study? Confirm nanti malam sebelum pergi sekolah tu korang jadi kelam kabut nak catch up semua notes untuk exam. Time tu jangan menyesal dah habiskan masa dengan benda tak berfaedah ya.

TAK INGAT

Bila dah tak study, macam mana korang nak ingat semua subject yang dah ajar? Susah tau nak ingat semua benda yang korang dah study daripada awal tahun. In case kalau korang jenis boleh study last minute tu, lain la kan.

TAK BOLEH SCORE

Exam ni kan menentukan korang punya masa depan. Tak kisah la ujian bulanan sekali pun, time tu la korang boleh tahu apa kelemahan dalam pelajaran yang korang ada. Dah tak study waktu cuti, macam mana nak score waktu exam?

TAK DAPAT RESULT POWER

Ha, kenapa nak menangis pula tu girls? Dah korang yang tak study time cuti, memang la tak dapat result power time exam ni. Sebab tu la tak kira cuti atau tak, still kena study juga. Macam mana nak buktikan dekat parents yang korang ni sebenarnya bijak kalau waktu cuti pun tak sentuh buku?

Ainaa harap cuti ni bukan la penghalang bagi korang untuk tak study ya. Cuti tu cuti juga, study jangan pernah tinggal. Apa pun, good luck #Lunagirls!

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Jalan Sendirian? Please Bawa Barang Ni

Memasak Dengan Kawan Waktu Cuti? Syoknya!