in ,

Cuti Sekolah Extend Sebab Covid 19, Ini Korang Perlu Buat

Sumber gambar: www.tpr.org

Mesti korang semua dah dengar perutusan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang wabak Covid-19? Di mana beliau memberitahu bahawa negara kita akan ada perintah kawalan pergerakan demi keselamatan dan kesihatan seluruh rakyat di negara kita supaya tidak ramai mangsa yang akan dijangkiti wabak yang masih belum ditemui ubatnya. Daripada cuti sekolah selama seminggu terus dapat cuti sampai 31 Mac! Eh! Korang jangan seronok sangat ya.. Sebab walaupun cuti sekolah korang extend, korang jangan suka sangat ya sebab ada beberapa yang kami nak kongsi ini yang perlu korang buat.

JANGAN PANIK

via GIPHY

Korang perasan tak selepas perintah kawalan pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri kita, ramai yang terus keluar rumah dan beli barang keperluan secara borong. Sebenarnya, tak salah korang nak beli barang siap-siap tetapi korang tak perlu pun nak panik macam itu sekali. Walaupun perintah kawalan pergerakan dikeluarkan, korang dan keluarga masih boleh keluar untuk beli barangan keperluan sebab negara kita belum ada perintah berkurung lagi okay! Dan ada sebab mengapa kerajaan kita belum keluarkan arahan itu lagi.

KERAP CUCI TANGAN

via GIPHY

Seterusnya, apa yang korang perlu buat di mana sahaja walaupun duduk di rumah sahaja adalah korang perlu kerap cuci tangan dengan bersih. Ini sebab kadang-kadang ada antara pesakit Covid 19 pun tidak tahu yang mereka sudah positif Covid 19 sebab tiada simptom yang serius pada mereka. Jadi, walau korang dimana sahaja, make sure cuci tangan guna sabun okay!Β 

JANGAN TRAVEL

via GIPHY

Ini adalah salah satu perkara yang paling NO! NO! NO! dalam masa sekarang ini. Pastikan korang tidak ambil risiko dan dengar arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan yang lainnya sebab akibatnya boleh menyebabkan orang yang tak sakit pun boleh dapat penyakit Covid-19. Kita juga tidak disarankan untuk balik ke kampung.. Adalah lebih baik duduk dirumah sahaja.

IT’S STUDY TIME!

via GIPHY

Bila cuti dah extend, inilah masa korang untuk cuba study siap-siap! Kiranya, korang bersiap siaga sahaja untuk belajar sendiri. Iyalah, bila dah cuti lama ini nanti akan banyak sangat masa yang akan terbuang, nanti percaya atau tidak akan banyak benda yang terpaksa di postpone contohnya peperiksaan ke, cuti pada masa akan datang pun kita tak pasti sama ada akan diubah semula atau tidak. Ha, jadi korang study awal-awal lagi bagus. Lagipun belajarkan memang untuk diri korang sendiri juga.

NEW SKILLS!

via GIPHY

Waktu ini jugalah korang boleh buat hobi baru yang akan akan bina kemahiran diri korang. Korang boleh belajar masak ke, nak belajar jadi mekanik ke, nak belajar baiki rumah dan bertukang ke dan banyak lagi. Semua skills ini memang bagus sebab nanti kalau kecemasan, korang memang boleh survive.Β 

Jadi, ini adalah antara perkara yang korang boleh ambil tahu dan lakukan semasa perintah kawalan pergerakan yang dijalankan dari 18 Mac sehingga 31 Mac nanti. Pastikan diri korang sentiasa bersih dan cuci tangan. Walaupun cuti, korang boleh juga jadi seorang pelajar yang berdisiplin. Tak perlu nak tunggu cikgu suap korang di kelas pun sebenarnya korang boleh belajar sebenarnya tapi kalau tak faham, korang bolehlah tanya cikgu korang dalam group chat kelas. Ala, sekarang ini sudah banyak platform yang boleh korang guna untuk hubungi cikgu korang. Jadi, stay safe okay korang!Β 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pasangan Artis Korea Cinta Berputik Di Lokasi #CinLok

Kenapa Tak Boleh Minum Air Masak Yang Terbiar Lama?