in ,

Curi Hati Crush Dengan Makanan!

Sumber gambar: https://www.marieclaire.com

Hmm, saya suka dekat Yusuf tapi tak beranilah nak bercakap dengan dia. Macam mana nak ambil hati dia ini?

Okay #Lunagirls, Zoe faham sangat kalau korang malu-malu kucing nak bercakap dengan crush korang. Sebelum ini pun Zoe mengalami situasi yang sama. Apa yang penting kita kena ada splan cara nak curi hati si dia.. Yelah, kalau tiba-tiba saja datang dekat si dia tapi tak ada idea nak borak nanti crush awak tengok awak macam pelik pula betul tak? Jom kita cuba ambil hati dia dengan makanan? Tak tahu nak masak apa? Meh sini Zoe bagi idea… 

PUDING

Sumber gambar:

Sebab puding adalah benda paling senang nak buat. Korang buat saja puding roti atau puding buah lepas itu cakap dekat crush nah! Ini untuk awak! Makan tau! Saya buat sedap!”. Confident-lah sikit, confirm dia akan terima dengan senyum! Tak payah malu-malu approach crush awak, dia bukan nak makan awak pun..

SANDWICH

Sumber gambar:

Nyum! Nyum! Sandwich! Menu paling mudah untuk dihidang dan take away. Cubalah korang buat sandwich yang special dan letak dekat meja dia waktu pagi sebelum dia sampai. Jangan lupa letak cute note supaya kita boleh ceriakan hari dia! Tak perlu sandwich yang susah-susah, kita buat sandwich telur pun dah cukup okay.

SPAGHETTI

via GIPHY

Sesetengah biys suka makanan yang simple, nak masak spaghetti-kan simple? Ha, cuba korang bawa bekalan spaghetti untuk crush korang. Mesti dia teruja, sambil itu buat-buatlah cakap “Hari ini saya makan sendiri je, boleh tak awak teman? Sebab saya bawa extra untuk awak juga ni”, Siapa nak tolak makanan free girls! 

BUTTER CHICKEN

via GIPHY

Manis-manis pedas, so delicious! Korang bawa saja makanan ini untuk crush korang. Butter chicken memang ramai orang favourite sekarang ini. So, ambil kesempatan korang untuk tunjukkan kebolehan memasak korang. Mesti si dia flattered nanti. Silap hari bulan dia akan minta korang masakkan lagi!

Jadi, tunggu apa lagi #Lunagirls! Cepatlah beli bahan memasak! Nanti boleh masak untuk crush korang yang masih menanti kehadiran seseorang seperti kalian. LOL! Kalau idea Zoe ini menjadi, jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain ya! Selamat mencuba!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rahsia Tentang Bulu Vagina 🤐🌸

Apa Yang Girls Pandang Dekat Boys Di Sekolah?