in ,

Cupcake Aisyah Hadiahkan RM 10 Ribu Untuk Mama

Sumber gambar: Instagram cupcake_aisyah

Keep smiling, stay positive, hidup kena chill!

Siapa kenal tagline di atas? Kalau korang kaki YouTube akan kenal siapa Cupcake Aisyah. Muda-muda lagi dah berjaya buat bisnes, ada jenama casing phone sendiri dan jadi YouTuber yang berjaya. Korang mesti teringin nak jadi macam dia? Sis Ainaa sendiri teringin nak jadi macam Aisyah which is berjaya as a businesswomen dan dapat bagi impak positive kepada followers.  Baru-baru ini pun ada beberapa video dia viral dekat Twitter which is video ‘Suprising 10K To Mama’ dengan ‘I Bought Everything From The Mcdonalds Menu‘. Ada yang triggered dan ada juga yang jadikan Aisyah sebagai inspirasi untuk terus berjaya supaya dapat buat macam apa yang Aisyah buat sekarang. Kami di LUNARIA rasa macam nak bagi beberapa sebab kenapa ramai orang follow Cupcake Aisya dekat semua social media dia mengikut pandangan kami sendiri. Antara sebabnya ialah kerana…

SUKA TUNJUK BENDA YANG POSITIVE

Aisyah seorang yang sangat positive which is semua benda dia anggap baik-baik je. Tak ada pun negative vibes yang dia tunjukkan dekat social media atau video dia. Even dia dalam keadaan down pun masih lagi mampu untuk tunjuk side positive dalam diri dia kepada orang ramai. For those yang follow dia dekat Instagram atau Twitter, maybe korang tahu yang akaun YouTube dia kena hack. Kalau kita akaun social media kena hack, confirm dah meroyan sedih frust semua. Tapi dia masih lagi bagi kata-kata positive pada diri sendiri untuk make sure followers dia pun rasa tenang dengan apa yang terjadi.

IKUT PENDAPAT FOLLOWERS UNTUK CONTENT

Setiap content video yang dia buat mesti daripada idea sendiri. Tapi ada juga beberapa content merupakan idea dan cadangan daripada followers dan viewers yang ada. Contohnya ialah video room tour, fridge tour dan banyak lagi. Tapi untuk video latest yang dia ikut cadangan viewers ialah video ‘Speaking In Bahasa Melayu For 72 Hour’. Korang dah tengok ke belum video itu? Best tau! Kira macam video budak kecil baru nak belajar Bahasa Melayu sebab dia bercakap dalam bahasa baku. Dekat ending video tu pun Aisyah ada cakap yang dia berterima kasih pada viewers yang bagi idea content tersebut. Nasib baik followers pun bagi cadangan content yang baik-baik je, tak ada yang sampai memudaratkan diri dia.

FASHION UP TO DATE SELALU

View this post on Instagram

melb 🦋

A post shared by stargirl (@cupcake_aisyah) on

Baru je berusia 20 tahun, tapi dia punya fesyen memang macam orang dewasa! Up to date terox sis! Even before this pun memang dia jenis yang suka berfesyen dan makeup. Kalau korang sendiri memang dah lama follow YouTube channel dia, korang perasan yang before this Aisyah selalu sangat share tutorial makeup. Tapi sebabkan sekarang ini dia banyak travel ke luar negara dan belajar dekat sana, content video dia pun berubah kepada travel dan vlog. Since Aisyah pun dah belajar dekat oversea, dia pun kena ikut fesyen dekat sana supaya dapat adapt dengan keadaan sekeliling. Korang pun boleh jadikan Aisyah sebagai ikon fesyen untuk remaja.

PANDAI BAWA DIRI DAN BERDIKARI

Lepas SPM terus fly ke oversea dan sambung belajar dekat sana. Haihh, kalau kita pergi jalan-jalan seorang diri pun mak dah risau, inikan pula pergi sampai ke luar negara. Since Aisyah muda-muda pun dah boleh bawa diri dekat tempat orang, ramai teenagers terinspirasi dengan cara Aisyah yang pandai jaga diri. Bukan senang tau nak bawa diri dekat tempat orang, lagi-lagi bila kita ke sana seorang diri. Bukan itu je, sebabkan cara dia yang pandai bawa diri, dia jadi lebih berani. Kita pun boleh buat macam itu tau, tapi kena dapatkan kepercayaan daripada parents, hehe! Korang boleh cuba travel sendiri dengan kawan-kawan ke Universal Studios Singapore (USS) tanpa parents.. Boleh dapatkan harga jimat kaw kaw di link ini!

Bagi Ainaa sendiri, walaupun Aisyah memang berasal daripada keluarga yang berada tapi dia still berusaha untuk berjaya atas usaha dia sendiri. Tengok dulu pun waktu dia masih sekolah, dia jual mainan squishy sampai bergelar businesswomen muda yang berjaya. Waktu itu setiap bulan dia dapat cecah untuk sebanyak berpuluh ribu. Urghhhh ruginya rasa dulu waktu sekolah tak ada niat nak berniaga, kalau tak mesti dah berjaya sekarang. Apa pun, kita pun boleh je berjaya, tak semestinya kena datang daripada keluarga yang kaya. Asalkan kita mampu terus berusaha dan bersabar, INSHAA ALLAH ada rezekinya.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Habit Biasa Bagi Korang Tapi Boleh Menyebabkan Jerawat

Taeyeon Depress Nak Fokus Rawat Diri Tahun Baru 2020