in ,

Cup Bra Bulat Pun Boleh Jadi Petak Kalau Masuk Mesin Basuh!

Sumber gambar: https://www.racked.com/2017/2/10/14484374/special-bra-detergent

Selain kawan-kawan, bra ialah BFF yang perlu kita jaga dengan baik supaya ‘jangka hayat’ akan jadi lebih lama. Kalau tak ada pakaian dalam macam mana nak support our private part?

But actually agak susah sebenarnya tau nak jaga pakaian dalam kita. Bukan senang-senang boleh basuh dalam mesin dan basuh sama dengan pakaian lain. Once korang campak bra dekat dalam mesin basuh, nanti habis besi bra jadi bengkang bengkok macam jalan nak pergi Cameron Highland! Ainaa ada tips untuk buat korang selesa bila pakai bra.

‘HILANGKAN’ TALI BRA

Image result for tali bra dan paper clip
Sumber gambar

For those yang free hair, mesti korang nak pakai baju cantik-cantik and sometimes bila nak pakai dress yang ‘terdedah’ sikit bahagian belakang badan. Nak beli bra baru tanpa tali macam tak cukup masa kan? Why not korang ambil paper clip dan klipkan dekat bahagian tali belakang. Barulah tali akan ‘hilang’ sebab korang dah sorok sikit.

SELARASKAN BRA

via GIPHY

Sometimes bra jadi tak boleh duduk diam sebab banyak sangat bergerak sampai sebelah dah longgar, sebelah ketat. Apa yang korang kena buat ialah longgarkan dulu kedua-dua belah tali bra dan cuba ‘masukkan’ breast korang ke dalam cup bra. Jangan pula korang betulkan bra dekat tempat terbuka, cari port tersembunyi sikit. Once dah longgarkan kedua-duanya, barulah boleh ketatkan semula.

JANGAN BIAR TALI BRA HILANG

Image result for tali bra hilang
Sumber gambar

Kadang-kadang lepas basuh bra, ada sebelah tali yang ‘hilang’ dan tersekat dekat pakaian yang lain. Mulalah kelam kabut tak jumpa tali itu dekat mana, nanti ada pula yang ambil tali pancing ganti tali bra. Untuk make sure tali bra tak hilang, ketatkan dekat bahagian cangkuk bawah supaya bila basuh nanti tak hilang merata.

BASUH TANGAN

Image result for CUCI BRA DALAM MESIN
Sumber gambar

Siapa dekat sini suka campak bra masuk dalam mesin basuh terus? Kalau ya, please girls jangan amalkan itu lagi. Tak perasan ke besi dekat bra korang dah bengkang-bengkok? Kesian besi dan bentuk cup bra lari entah ke mana. Bukan bulat dah, tapi jadi petak pula nanti. Basuh tangan je senang dengan cara berus bahagian berkenaan dan rendam je. Or else kalau malas sangat nak basuh tangan, letakkan bra dekat dalam bekas kain khas untuk pakaian dalam.

Ingat girls, bra ialah pakaian penting yang perlu kita jaga walaupun ia ‘tersebunyi’ dekat dalam baju kita. Rajinkan diri tukar bra setiap hari supaya tak berbau dan tak ada bacteria. Jangan pakai bra yang sama sampai dah lunyai ya, beli baru kalau dah koyak.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Simptom Normal Ketika Kita Period

Tinggi Seseorang Lelaki Main Peranan Sebab…