in , ,

Cukup Ke Cuci Muka 60 Saat?

Sumber gambar: www.instylemag.com.au

Alaaa.. Dah lambat ni.. Sempat ke nak cuci muka! Alaa, cukuplah kot sabun 5 saat je!

Girls, biasanya berapa lama masa yang korang ambil untuk cuci muka? BTW, korang tengok tak video cuci muka adik beradik idola ramai, Kendall Jenner dan Kylie Jenner yang viral a few weeks ago? Disebabkan video cuci muka mereka yang agak ‘pelik’ tu, habis viral satu dunia.

Sebab kenapa video tu viral ialah bila Kendall hanya cuci muka selama 10 saat je before dia bilas! Sama juga macam Kylie.. Dia hanya cuci muka laju-laju dan sekejap sangat sampaikan ada kesan makeup dekat tuala yang dia guna untuk lap muka.. Sabun pun tak rata!

Since video viral tu dapat kecaman ramai, netizen pun mula pertikaikan dan tertanya-tanya berapa lama agaknya masa yang perlu kita ambil untuk cuci muka dengan betul. Ada seorang beauty guru di Twitter mula buka mulut dan share information tentang penjagaan muka.

Menurut Maisarah, ada satu teknik yang sangat berkesan untuk buatkan kulit lebih halus mulus which is cuci muka selama 60 saat. Sebab utama kenapa kita kena bersihkan muka selama 60 saat ialah untuk bagi bahan-bahan dalam pencuci meresap ke dalam kulit muka kita.

Kaedah ni dipanggil sebagai 60 Second Rule yang jarang diamalkan oleh kita walhal tu ialah kunci utama untuk dapatkan kulit bersih. Ainaa sendiri dah pernah cuba cara ni dan terbukti, dekat area hidung dan pipi jadi lebih lembut! Muka pun nampak lebih bersih tau..

Tapi bergantung juga pada keadaan kulit korang, takut tak sesuai dengan kaedah ni pula. Kalau baru buat sekali tapi kulit korang jadi merah-merah atau keradangan, better stop sebab maybe kulit muka korang nipis sampai bertindak balas macam tu. Apa-apa pun tak salah untuk mencuba!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara ‘Lawan’ Dengan Orang Selalu Nak Menang!

Hari Pertama Bertugas, Guru Bahasa Inggeris Ini Curi Perhatian